Friday, December 31, 2010

Layaran 2010,mencari makna hidup



“Masa itu tidak pernah penat untuk berjalan,dan tahun itu hanya suatu ukuran”

Ibarat sebuah kapal yang berlayar di lautan yang luas,begitulah ia kadang-kala kehidupan manusia.Dalam jemu si kelasi akan pemandangan lautan,dia tidak pernah hilang percaya akan daratan.Kerna layarnya ada tujuan,ada destinasi yang menjadi pilihan.

Manusia juga adalah kelasi dalam layar hidupnya.Sedar ataupun tidak,manusia itu sentiasa dalam kembara yang panjang dalam sebuah rangka makhluk ajaib yang bergelar masa.Lautan yang direntanginya juga adalah sangat luas,mengelirukan,dan tanpa sebarang “kompas” yang baik maka dia tidak akan sampai ke daratan yang menjadi impiannya.Kompas bagi umat manusia ialah kalam Tuhan yang serba agung,dan nakhoda layar kita ialah Rasulullah S.A.W yang cukup karismatik.Dengan berpegang pada dua anugerah tuhan ini insyallah kita akan tiba di daratan,impian bagi sebuah kelasi.

Namun dalam kembara yang penuh cabaran ini,kadang-kadang kala ada kelasi yang terlupa.Mereka hilang dalam kepercayaan bahawa lautan itulah yang bakal mereka tempuhi adalah satu-satunya dunia mereka.Dalam hati mereka.kelasi ini beriktikad,menipu fitrah dan tujuan asalnya sendiri:

tanah adalah suatu khayalan,suatu perkara yang kharut!”

Lambungan ombak telah memalsukan pemikirannya,mengkaburkan fikirnya.Sehingga disangkakan bahawa kembara ini bukanlah suatu perjalanan berdestinasi,tetapi sekadar suatu kehidupan yang kontang makna.Ramai ahli falsafah barat yang akhirnya bongkak melaungkan kata-kata bahawa dunia ini tidak berpunya.Malah jeritan Nietzche yang mengisytharkan bahawa “tuhan sudah mati” dalam karyanya: “Thus spoke zarathustra” itu disambut baik oleh rationalist-rationalist barat seperti Betrand Russell,Immanuel Kant,David Hume,dan ramai lagi.Betrand Russell misalnya melihat bahawa imej tuhan yang dicipta manusia hanyalah suatu asas yang kolot dan terbit dari rasa takut manusia:

Wednesday, December 29, 2010

Bola oh Bola



Tahniah diucapkan kepada jentera pasukan bola Malaysia yang telah berjaya membawa nama negara ke persada yang cukup membanggakan.Ternyata sukan bola sepak adalah suatu fenomena dan agen yang mampu menimbulkan semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.


Monday, December 27, 2010

Re-post:Tahyul bangsa kita

Dipetik dari blog lama.(klik sini)




Sesungguhnya dalam melayari bahtera dalam meredah lautan kehidupan,badai-badai yang menampar pelayaran sebenarnya merupakan satu hikmah yang menyimpan khazanah ilmu yang cukup berguna untuk memperluaskan pola pemikiran kita.Janganlah apabila dikhabarkan akan satu peristiwa yang mungkin menggusarkan jiwa, kita mudah benar melenting sehinggakan membiarkan ‘harta karun ilmu’ yang datang bersama musibah itu terkubur tiada dibuka.Sebaliknya lihat lah ia sebagai salah satu unsur pendidikan dari rab yang maha kuasa untuk kemaslahatan bersama.

Suka untuk saya ingatkan bahawa pengalaman itu guru yang paling setia,sungguhpun ia datang dalam keadaan yang kita murka tetapi hikmahnya tidak ternilai sungguhpun dibandingkan dengan emas permata.Masih saya ingat pada suatu malam(tidak sapat dipastikan tarikhnya)ibu saya meluru kedalam bilik saya untuk berbicra dengan ayah yang sedang berbaring di katil saya.

“bang..nie jiran rumah kita yang duduk hujung jalan tu,td pokpi(jiran sebelah rumah) cerita yang jiran kita tue kena tipu,habis rm 5 ribu duit dia kene kebas”ibu saya memulakan cerita.

Ayah saya terkejut dan raut wajahnya jelas menceritakan satu epik kekecewaan.Jiran yang ditipu itu baik orangnya,seorang warga tua 70-an yang bekerja sebagai nelayan.Biarlah saya memanggilnya pak leman sahaja(bukan nama sebenar).

“macamana dia kene tipu??”ayah mula bersuara.

“dekat the store(shoping complex bndar kemaman),dia tgh brjalan-jalan,tiba-tiba ada orang tegur dia,kater r org trsebut semalamnya termimpi untuk memberikan cincin ini kepada pak leman nie..Beriya-iya dia cerita bagaimana dalam mimpinya dia didatangi oleh orang tua berjubah putih yang memintanya memberi cincin simpanan keluarganya itu kepada pak leman,”

Saya dan ayah masing-masing mula menggeleng kepala.

“pak leman ni pula percaya la..Kater org tersebut cincin in cincin yg sktti,boleh bawa tuah dan rezeki,dan untuk dijadikan lebih meyakinkan dia cuba berdemonstrasi dengan meletakkan cincin tersebut dalam segelas air.Dalam beberapa saat sahaja air tu bertukar warna(biasan cahaya yang boleh dijelaskan dalam istilah sains).pak leman ni lagi la “terkena” apabila melihat ke ‘ajaiban’ cincin ini.

“habis,knaper kne bayar 5 ribu??”saya bertanya.

Thursday, December 23, 2010

Bicara al-Qaradhawi:Memberi salam kepada wanita



Soalan:
Kami adalah mahasiswi-mahasiswi yang menuntut di salah sebuah universiti. Sudah menjadi kebiasaan kepada kami apabila para profesor datang, mereka akan memberi salam dan kami menjawabnya dengan sebaik-baiknya atau seperti yang diucapkan sebagaimana yang diperintahkan Allah s.w.t.

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). (Surah al-Nisa`: 86)

Kami mempercayai bahawa ayat di atas bukan khusus kepada kaum lelaki sahaja. Tetapi salah seorang profesor kami tidak mengikuti kebiasaan ini dan beliau tidak memberi salam kepada kami. Pernah sekali secara terang-terangan saya bertanya kepadanya: Mengapa tuan tidak memberi salam kepada kami? Lalu beliau menjawab, memberi salam kepada wanita tidak harus mengikut syara’ dan suara wanita adalah aurat! Bagaimanapun beliau sebagai pensyarah kami, bercakap-cakap dengan kami dan kami bercakap-cakap dengannya, beliau bertanya kami menjawab dan sebaliknya. Kami sering berbincang dalam banyak perkara tanpa beliau mempertikaikan perbincangan tersebut. Jadi mengapa pula memberi salam sahaja yang ditegah? Adakah benar suara perempuan itu aurat, walaupun untuk menjawab salam atau ucapan-ucapan baik yang lain dalam keadaan menjaga adab-adab yang dituntut pada wanita muslimah ketika berdialog dengan bukan mahram?

Kami ingin sekali mengetahui hukum syara’ dalam masalah ini, sama ada yang dibolehkan kepada kami atau yang ditegah. Tetapi yang paling penting ialah apakah dalil yang memuaskan dan melapangkan hati yang dapat menghilangkan sebarang pertikaian, sebagaimana yang menjadi komitmen tuan dalam memberi fatwa. Semoga Allah memberikan manfaat akan ilmu tuan kepada kaum muslimin.

Mahasiswi-mahasiswi Universiti Qatar.

Jawapan:

Sesiapa yang memerhatikan nas-nas umum yang menyuruh supaya menyebarkan salam akan mendapati ia tidak membezakan antara lelaki dan wanita seperti hadis yang menyeru supaya memberi makanan, menyebarkan salam, menghubungkan tali persaudaraan, sembahyang malam dalam keadaan orang lain sedang tidur. Dalam hadis yang sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا 
أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ

Demi jiwaku di tangan-Nya kamu tidak akan memasuki syurga sehinggalah kamu beriman, kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang, mahukah aku beritahu kepada kamu sesuatu yang kamu lakukan kamu akan berkasih sayang? sebarkanlah salam di kalangan kamu.

Tuesday, December 21, 2010

GAY RIGHT??



“Saya Gay,saya Ok”

I certainly believed that most of the Facebook users or those who have read newspapers the last few days will be very familiar with this soothing and “motivational” words.These words actually belong to Mr.Azwan Ismail in his brave and honest conffesion  of being a strong and self-confident GAY,which publicized widely on the internet.When I watched this video on Youtube, I managed to go through some comments laid down on that page.Despite some “maki hamun” from the “undisciplined” Malaysian Muslims,I noticed some of it did championing the gay right.They had even argued that being gay is listed within the catalogue of the rights of human being,and  pointed out the Declaration of The Human Rights to advocate their statement.I didn’t bother much about their claim as the Declaration they uttered was modelled on the west and didn’t really fit the Islamic worldview.But nonetheless,things that shocked me is when some pointed that Islam agreed upon the gay right as it is part of some unavoidable diseases that infected the “unlucky” person.Is it true that Islam allowed this immoral sexual attitude??Here are some dalil that perhaps will make things clear

If two men among you are guilty of lewdness, punish them both. If they repent and amend, Leave them alone; for Allah is Oft-returning, Most Merciful.”-quran 4:16

Sunday, December 19, 2010

Pejuang-pejuang "oxford Malaysia",sahabat-sahabt TGB :)

Baru sebentar tadi saya menjenguk profile Facebook rakan-rakan lama yang sama-sama menghuni sebuah “Oxford Malaysia”,yakni MRSM TGB(sekadar pandangan penulis) ,maka sejenak terbit rasa rindu yang mengalir perlahan dalam diri ini.Satu persatu saya “stalk” untuk melihat perkembangan mereka,tentang apa yang mereka katakan di status Facebook mereka sambil tenggelam dalam memori silam.Malah apabila saya hilang semangat juang untuk berdakwah,gambar-gambar merekalah yang sudi menjadi pengubat.

Wahai sahabat-sahabat,anda semualah yang mengajarkan diri yang serba daif dan penuh kekurangan ini untuk menyusun sedikit kata untuk menyampaikan risalah-risalah dakwah.

Dan hari ini,bagi melunaskan rinduku kepada anda semua,saya nukilkan sedikit tulisan dengan harapan kenangan ini tidak akan terkubur ditelan ruang dan zaman:

Ilham Muntari



Tidak banyak yang oleh saya katakan kepada seorang insan hebat TGb ini melainkan rasa kagum dan rendah diri yang tinggi terhadap beliau.Cara beliau mengurus urusan manusia sebagai pemimpin kepada pelajar-pelajar yang “pandai” ini nyata suatu cara yang mengkagumkan saya.Beliau adalah “Dr Mahathir Junior” pada pandangan saya kerna taktik dan cara pemerintahannya nyata ada sedikit persamaan.Sebagai manusia yang sangat serius dalam tugas,setiap arahannya pasti dipatuhi dengan rasa hormat.

“Ilham,anda telah menunjkukkan kepadaku cara memimpin manusia,sungguhpun dalam beberapa perkara yang kita tidak sekepala,namun anda adalah sahabat,guru dan pemimpin kepada diri ini..u r my comrades..”

  Malaysian next PM :)

Thursday, December 16, 2010

Ketuanan Melayu:Krisis dan Hakikat Yang Tersembunyi.



“Kita sepatutnya memansuhkah hak istimewa orang melayu,secara sosial,ia merupakan suatu perkara yang tida adil kepada masyarakat Malaysia.”

“Orang melayu ini selalu sangat dimanjakan,kalau tidak kerna hak istimewa semua orang melayu tak akan ke mana..”

“Aku lebih suka digelar sebagai bangsa malaysia,bukan bangsa melayu”

Dialog dan pengakuan seperti ini adalah suatu sitkom yang biasa bermain di bibir remaja-remaja yang idealis,bersemangat dan “memberontak”.Mereka seakan sudah berputus asa dengan konsep kaum dan lebih suka menyanjung penyatuan semua kaum dalam satu bangsa yang menjadi tema negara,yakni bangsa Malaysia.Malah isu-isu seperti hak istimewa ini dianggap barah yang menyebabkan gagalnya integrasi kaum, dan intelektual-intelektual “lama” yang cuba mempertahankan konsep ketuanan melayu ini dihukum sebagai kolot.

Suatu dunia dan persepsi remaja masa kini yang sangat membimbangkan kerajaan,dan diapi-apikan pembangkang.

Dalam konteks ini,tulisan saya mungkin akan cuba menggali permasalahan perkauman dan ketuanan melayu ini dalam suatu dimensi yang berbeza.Fokus perbincangan saya bukan untuk untuk mengeluarkan sebarang fatwa tentang “hak ketuanan orang melayu” mahupun untuk “mohon derhaka” kepada raja-raja melayu.Berikut ini hanyalah merupakan pandang sisi saya yang serba daif ini,sebagai seorang remaja yang masih lagi kerdil dalam menafisr dunia.Sebarang kritikan sangat dialu-alukan.

Perlayaran gelombang 1Malaysia

Sudah hampir dua tahun lebih konsep 1Malaysia ini bertandang di pelusuk masyarakat majmuk Malaysia.Bermula pada 16 september 2008,ketika ia masih lagi dalam perangkaan PM Dato’ seri Najib Tun razak(1) aura dan namanya sudah dilaung-laungkan sehinggakan impaknya hari menjangkiti pelbagai aspek kehidupan kita;bermula dari salam 1malaysia(yang menggantikan ucapan Assalamualaikum) sehinggalah terbina pelbagai lagi bangunan yang memakai namanya dengan gah.Malah falsafah perpaduan kaum(2) yang menjadi tunjang dan junjungan arkiteknya ini sering disebut sebagai “ubat”yang mujarab untuk umat Malaysia pada hari ini.Seperti yang disebut oleh PM Dato’ seri Najib Tun razak:

“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan rakyat Malaysia(3)

Sunday, December 12, 2010

Novel:antara realiti dan fantasi



Beberapa ketika yang lalu,saya bersama seorang sahabat sempat mengunjung ke Popular Bookstore untuk meninjau bahan-bahan “baik” untuk saya jadikan bahan rujukan dan kajian sepanjang cuti panjang pada kali ini.Seperti kebiasaan,yang mungkin telah menjadi lumrah buat iklim di sana,kedai buku Popular tersebut tidak pernah lenggang,malah sentiasa terisi dengan wajah-wajah ceria dan “skema” yang begitu menghargai nilai sebuah buku.Saya yang julung-julung kali dapat berkunjung ke kedai-kedai buku yang besar dan gah ini nyata kagum dan terharu,suatu pemandangan yang sangat indah dan membuahkan harapan,bahawa negara dan umat kita akan berjaya merangkak keluar dari kemiskinan intelektualis suatu hari nanti sekiranya budaya membaca ini dapat disemai.Insyallah

“Ramai orang hari ini yek..?”

“Ramai apernyer..macam inilah hari-hari..Cuma berat sebelah..”

“huh berat sebelah?ape hal lak?”dahi saya sudah mula berkerut.Pelik dan hairan.

“Berat sebelahlah...yang ramainya perempuan..”

Saya baru sahaja tersedar.Majoriti yang menghuni kedai buku tersebut pada saat itu adalah kebanyakannya kaum hawa yang umrnya dalam lingkungan 30 an ke bawah.?Apakah yang sudah terjadi??

Perempuan dominasi

Ternyata apabila anda berkunjung di perpustkaan,kaum hawalah yang paling ramai yang memenuhi ruang-ruang kerusi yang disediakan.Malah sering kali saya melihat kaum hawa akan sentiasa bersama buku ke mana-mana mereka tujui sungguhpun di dalam bas dan lrt!!Hebat!

Kaum lelaki mungkin terlalu sibuk atau sudah terlalu bijak sehinggakan mereka tidak perlu menghadap sebarang buku sekalipun...mungkinkah??

“...rakyat Malaysia membaca purata lapan sehingga 12 buah buku setahun,berbanding dua buah buku 3 tahun dahulu,”-berita harian,9 disember 2010,ms 30

Wednesday, December 8, 2010

Antara dua zaman




Betapa kembara serta musafir saya di bumi kuala lumpur,bandar metropolitan ini membuatkan saya begitu sibuk dan asyik dengan pelbagai perkara.Sehinggakan aktiviti penulisan blog ini tergendala buat hampir seminggu lebih.Kekangan sebeginilah yang memenjara saya dari menukilkan sebarang tulisan sungguhpun pelbagai idea dan ragam ingin saya coretkan di blog “usang” ini.Dan Alhamdulillah,pada hari ini saya diberikan sedikit ruang semula untuk menulis.

.................................................................................................................................

Sesungguhnya kembara saya di bumi “moden” ini bukanlah suatu perkara yang sia-sia.Pelbagai sitkom-sitkom manusia yang menarik dan pelbagai dapat saya kaji dan hayati.Sememangnya “geng” bandar ini banyak ragam dan “pe’el”nya(sikap dlm bahasa terengganu).Namun untuk post kali ini saya tertarik untuk berbicara perihal dunia kanak-kanak moden yang menghuni zaman IT hari ini.

“Fifi!!(bukan nama sebenar),meh turun makan,kang lauk sejuk kang...”

“jap mak!!japgi fifi pegi makan,ngah main game ni”

Jenuh kudrat seorang ibu memanggil anaknya untuk turun menikmati sarapan pagi(yang sebenarnya dah dekat tengahari).Namun si anak hanya terpaku di hadapan skrin komputer yang telah ditatap sejak matanya celik dari bangun tidur.Itulah “sarapan” dan mungkin “malan malam”nya.Malah inti harinya hanya diisi dengan “date” yang begitu panjang bersama game-game  fantasi dan khayalan-khayalan yang indah.

“kalau rumah ni terbakar,agaknya game tulah yang diselamatkan dahulu”hati saya merungut.Kepala hanya mampu menggeleng,pelik dengan trend adik-adik muda hari ini.


Friday, December 3, 2010

Excuses

I guess its quite a time already since my last post...cant write much as right after i managed to "escape" officially from kyuem,i 've gone travelling around KL.But since i'm back,i guess it leave me no excuses to skip my writing activities.i've got lot of stuff to write and things to say in my head,but none of them yet to be treasured in the form of writings.Anyway,just wanna share ya some books that i had bought in KL:

1)Muhammad Asad,The Principles of State and Government in Islam(first published on 1961)
2)Zeenath Kausar,Islam and Nationalism: An Analysis of the Views of Azad, Iqbal and Mawdudi [ Second Revised Edition], Kaula Lumpur, Thinker's Library, 2007.
3)the muslim contribution to science,editted by DR.M.Iqbal,


i guess that's it for now..May Allah bless us all..  :)

Thursday, November 25, 2010

GARI BESI



Ibarat gari besi,
Yang tajam berduri.,
Mengikis,menghiris gelang tangan,
Dalam kembara,anak kecil ,
Yang cuba menyuluh jalan.

Wahai Ali,
Entah mungkin,suatu ketika itu,
Saat engkau diaju beban dunia,
Kau tangis,
Kau takut,
Kerna khuatirmu,akan kudrat kita yang lemah,
Dalam menghitung bicara manusia,
Yang bisa berdolak dalik dan bermain fitnah.

Wahai Umar,
Entah mungkin,suatu waktu itu,
Saat engkau dijemput duduk,
Atas kerusi kecil,
Yang keras,kasar.
Engkau tidak bisa duduk selesa,
Bukan kerna kuasa engkau akur,
Namun kerna jihad engkau bertutur.

Wahai Abu Bakar,
Entah mungkin,suatu masa itu,
Saat engkau tampil berbicara,
Dalam gelora umat,
Yang baru hilang punca,
Bukan nama yang kau sisipkan,
Namun pesanan rasul itu,
Yang engkau titipkan,
Menyemai semula,benih-benih iman.

Dan,aku.

Friday, November 19, 2010

Islam - An Historic Perspective by mawdudi



Islam began when man's career on earth began---more precisely at the time of man's creation and his descent. Allah created Adam and Eve and enjoined them to worship Him and live a life of obedience to the Divine Will.

Allah is the Creator and Sustainer of the Universe and of human beings. Man must turn to Him for sustenance and guidance. The very word Islam means obedience to God. In this respect, Islam is man's natural religion---the only natural course is for man to look towards Him for guidance.

The day Adam and Eve were sent down to live on earth, Allah told them that they were His servants and He was their Master and Creator. He told them and mankind that the best course was for them to follow His guidance, to obey His orders and to refrain from what He had forbidden. God said to them that He would be pleased if they obeyed Him and in turn He would reward them. If, however, they did not heed His commands, He would be displeased and would punish them. This was the simple beginning of Islam.

Adam and Eve invited their children to follow the Islamic way of life. They and their children and their later generations followed the teachings of Islam as propounded by Prophet Adam (peace be upon him) for quite a long period of time. It was only later on that certain people began disobeying Allah. Some of them began worshipping other gods of their own making, some of them regarded themselves as gods, while a few others even declared their freedom to do as they pleased--defying God's orders. This is how kufr (disbelief) came into being. Its essence lies in refusal to worship God--pursuing the path of defiance to the Creator.

When kufr (disbelief) began to increase and multiply it affected the life of society in a number of ways. Exploitation, oppression, viciousness and immorality emerged in different forms. Life became intolerable. Allah then appointed some righteous people to preach the Message of Truth among the wrongdoers, invite them to the Right Path and convert them to God-fearing people--worshipping and obeying God Alone. In short, they were asked to perform a mission--to make people righteous and true Muslims. These noble people entrusted with this great mission were called Prophets or Messengers of Allah. Allah sent these Prophets to different nations and countries. All of them were honest, truthful, and people of noble character. All of them preached the same religion--Islam. To mention a few names--Noah, Abraham, Moses and Jesus. All of them were the Prophets of God and thousands of them were, over the centuries, sent into the world to guide mankind.

Thursday, November 18, 2010

Pengemis


mendung mega disatu sore
kaki ini terdorong untuk menelusuri
di satu lorong sepi
terlembar sebuah sketsa sedih drama kehidupan
dikaki lima sipengemis duduk bersimpuh
dirinya tidak terurus
sedang bersama teman senasib

Monday, November 15, 2010

Dialog si pengemis



Cuaca mendung.Matahari yang mula beransur mengatur langkah untuk beredar dari tatapan manusia sudah mula mengalih suluhan cahanya ke dinding-dinding langit.Awan juga sudah berarak perlahan,mengusung segala macam kenangan dan penyaksian.

Langit mula kesepian.

Namun,suasana pekan petang itu tetap riuh dengan ributan manusia.Cina,India,dan Melayu masing-masing sibuk menguruskan isi-isi dunia tanpa letih dan lesu.Kereta-kereta juga masih sesak memenuhi ruang-ruang jalan,lampu-lampu juga masih setia berkelip dan segala hidupan masih seakan belum sedar akan lambaian siang.

“Selamat tinggal siang”si pengemis tua itu melambai seorang diri.Mata kecilnya menatap langit yang makin kelam.Dalam renungannya itu tertulis makna yang dalam,kerna hanya dia yang lebih mengerti akan erti sebuah hari.

“Hari ini masih lagi dapat hidup,syukur.”

Tangannya erat menggengam bungkusan nasi kosong,hasil simpati dan ihsan manusia-manusia yang punya jiwa yang kaya.Dibelai-belai nasi itu dengan lembut.Jarang sekali si pengemis tua ini dapat makan malam berlaukkan nasi kosong,malah untuk mencari makanan sekalipun ibarat menjala mutiara di lautan luas.Namun,ini hari bertuahnya,hari yang mampu untuk dia menjawab kejian-kejian nafsu lapar yang selalu terabai.Segala puji bagi tuhan.

....................................................................................................................................................................

Nun dihujung jalan,seekor kucing merenung dengan nada simpati.Badannya yang bercomot lumpur cukup  kurus.Tulang sisi yang jelas nampak pada tubuhnya jelas bercerita akan kesusahan dan kelaparan si kucing ini dalam berkelana di bumi tuhan ini.Dia mengharapkan satu suapan.Sekurang-kurangnya untuk mengcerna sedikit tenaga agar dapat dia untuk meneruskan baki-baki nafas yang tinggal.

Si pengemis melihat dengan tekun gelagat kucing tersebut.Dia faham,lalu tersenyum.

“Ke mari engkau,di sini ada makanan untukmu.Ayuh,kita berkongsi kerna aku mengerti kepedihanmu itu”tangannya cuba melambai-lambai mengajak kucing tersebut datang ke arahnya.Kucing itu akur,gembira kerna bertemu manusia yang memahami fitrah makhluk jalanan sepertinya.

Nasi ditabur samarata.Mereka berdua berselera menjamah nasi-nasi kosong tawar,yang hinggap julung-julung kali dalam suratan sejarah hidup mereka.

Orang ramai juga makin ramai yang lalu lalang menyaksikan gelagat mereka berdua yang tenggelam dalam menikmati kenikmatan juadah makan malam yang serba-serbi sederhana.Mereka berasa jelek,benci dan menjengkelkan.Mana mungkin seekor kucing yang comot duduk dan makan bersama seorang pengemis tua yang selekeh?Pemandangan yang hodoh!!Tidak mungkin dapat ditelan bulat-bulat oleh masyarakat ‘moden’.Masing-masing yang lalu hanya memaling muka,mengeji dalam diam.

“Mereka menghina dirimu,mereka merasakan engkau gila,”

Terhenti si pengemis tua.Dia pasti suara tersebut jelas terbit dari kucing yang duduk dihadapannya.Dia tidak tersilap.Matanya segera ditenung anak mata si kucing yang begitu tenang menjamah nasi-nasi yang berterabur di lantai.

“Tidak mengapa.Mereka telah dilahirkan oleh budaya yang sebegitu.Budaya yang memandang pada lahiriah..”Si pengemis membetulkan postur badannya dan bersandar di di kotak-kotak buangan.Matanya dihadapkan ke hadapan jalan,merenung ke dalam dimensinya sendiri.

“Engkau tidak pelik melihat seekor kucing berbicara?”

“Oh..tidak,Aku sudah melihat sesuatu yang lebih ajaib dari ini...”

Kucing itu berhenti menjamah.Dia bangkit dari tempatnya dan duduk di sebelah si pengemis tua.Tangannya dikuis-kuis nasi-nasi yang berterabur itu agar dikumpulkan dalam suatu bulatan agar tidak bersepah dan mencacatkan pemandangan jalan.

“Maha suci Allah kerana telah mengkurniakan aku rezeki yang baik,hidup yang baik,jiwa yang baik,kesihatan yang baik.Alhamdulillah”

“Alhamdulillah??”Si pengemis megerutkan keningnya.Kehairanan.

“Alhamdulillah..segala puji bagi Allah,engkau tidak biasa mendengar bicara ini??bukankah kamu juga seorang Islam??”

“Islam..oh,agama orang putih”

“Maksudmu?”

“Islam,agama yang dianuti mereka yang berjubah putih,bertopi putih.Selalu ke bangunan besar.Ah..tidak ramai bilangannya.Aku juga Islam.Mungkin.Sekurang-kurangnya itulah yang dikhabarkan kepadaku sewaktu aku kecil”

“Tetapi engkau percaya kepada tuhan yang satu?”

Si pengemis ketawa kecil.Dia  menoleh mengahadap si kucing yang keliru akan jawapannya.

“Dunia ini terlalu indah untuk menafikan kewujudan-Nya,hidup ku jua diatur oleh-Nya,hidupmu jua.Aku tidak mungkin menafikan panggilan fitrah ku sendiri.”

“Oleh begitu,mengapa tidak engkau hidup sebagai Muslim?”

“Aku tidak tahu.Aku tidak pernah diajar untuk hidup beragama.Malah orang berjubah putih juga memandang keji apabila aku hadir di tempat mereka.Mereka melihat aku suatu kekotoran yang hina.Cukuplah bagiku Tuhan,yang memegang jiwaku.Aku tidak perlukan agama.”

Si kucing mengeluh dalam-dalam.Nyata dia kecewa.Dunia yang disangka penuh dengan manusia yang sedar rupanya hanya sedar pada hakikat diri mereka.Sehingga si pengemis tua ini tersadai dalam dunianya sendiri.

“Mahukah kamu aku khabarkan sebuah kisah,yang dinyatakan dalam Islam”

“khabarkanlah,”

“Dahulu ada seorang wanita yang melacurkan dirinya.Membiar anugerahnya didakap lelaki-lelaki yang lupa janji.Namun akhirnya masuk ke dalam syurga kerana kesudiannya memberi minum kepada seekor anjing.Dia sepertimu.Engkau memberi makan kepadaku.Aku doakan engkau juga menghuni syurga.”

“Syurga?Maksudmu?apakah ia sebuah rumah?”

“Tidak,ia taman yang terindah dalam kalangan yang terindah,rumah tercantik dalam kalangan yang tercantik.Di sana engkau boleh meminta sebarang hajat.Tuhan akan kabulkan sebelum engkau sempat mengelip mata.”

“Maksudmu ia kurniaan tuhan.Oh tidak...tinggalkan itu untuk orang yang beragama,aku bukan orang agama.Aku hanya manusia yang dikurniakan secebis kehidupan untuk memahami tuhan.Aku tidak tahu untuk beribadat kepada-Nya.”Si pengemis berbaring.Kepalanya dialaskan kotak-kotak buangan yang terbiar berselerak di tepian jalanan.Sayup-sayup di udara kedengaran azan maghrib berkumandang.Langit juga sudah gelap dan suram.

“Aku tidak layak”dia menyambung.

“Percayalah padaku,engkau lebih beragama dari mereka.”

Si kucing kemudian untuk mengatur langkah untuk pergi.Perutnya sudah terisi,mak perjalanan harus diteruskan.

“Engkau hendak kemana?”

“Meneruskan langkah yang belum tamat,masih ramai yang perlu ku temui.”

Si pengemis mengangguk.

“Terima kasih atas pemberian dan perkongsian mu wahai si pengemis tua.Akan ku ukir pertemuan ini dalam jiwaku,dengan izin-Nya.Dengarkanlah kata-kataku ini.Engkau sudah mengenal tuhanmu,namun belum ketemu jalan untuk pergi ke arah-Nya.Aku doakan engkau diberi petunjuk.Insyallah,kita akan ketemu lagi di syurga.”

“Ya,moga-moga begitulah.”

Mereka berdua saling tersenyum di dalam hati.Masing-masing kagum dengan kisah masing-masing.Si kucing pun berlalu perlahan dan hilang dalam pandangan.Si pengemis yang faham menutup matanya dan menarik kotak-kotak untuk menyelimuti dirinya dari digigit angin sejuk.Dalam hatinya si pengemis berdoa:

  
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk, ketakwaan, diri yang terjaga dan kecukupan kepada-Mu.

Amin..

P/s-coretan ini hanyalah suatu catatan penulis yang diinspirasikan oleh sebuah kejadian ketika penulis sedang bersiar-siar di pekan Tanjung Malim.Tulisan ini hanyalah suatu imaginasi penulis dan sebarabg cacat cela harap dapat dimaafi dan ditegur.Sekian

Thursday, November 11, 2010

Meuju iklim sekular



“Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).”

“Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.”

“Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.”

“Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.”

“Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020,” petik laporan itu.”

Dipetik dari laman web Malaysia kini: http://www.malaysiakini.com/news/146435



Islam oh Islam....

Saya bersama-sama sahabat-sahabat saya yang lain bersandar “malas” di kerusia kafe,sambil menunggu pesanan makanan kami.Kemudian salah seorang dari kami memulakan perbualan.

tu..kau tengok tu...macamni ke rakyat Malaysia,rosak betul”Lee(bukan nama sebenar) merungut, sambil mulunya menjuih ke arah televsyen yang kuat terpasang menayangkan program “sehati berdansa”.Saya hanya mengangguk akur.

Monday, November 8, 2010

Usah dikunci mulut yang ingin berbicara

 Post lamer yg dicadangkan untuk bacaan



tuesday,march 23,2010-tarikh post ini ditulis...




Assalamualaikum w.b.t


Ini merupakan artikel saya yang pertama yang pada saya bersifat ilmiah,jadi saya mengharapkan agar mana-mana blogger ataupun siapa-siaoa sekalipun agar dapat memberi kritikan akan kelemahan yang timbul untuk saya baiki dari semasa ke semasa.Sekian terima kasih..





Sudah beberapa ketika tarikh 11 mac 2010 meninggalkan kita,malah semakin jauh perjalanan masa ini semakin terserlah keindahan makna yang tersisip pada tarikh keramat ini.Mungkin insan-insan yang “bertuah “ kerana tidak terpilih untuk mengikuti percutian istimewa yang dianjurkan pihak kerajaan ini tidak akan merasa tempias tarikh keramat ini tetapi bagi wira-wirawati negara yang telah berhempas pulas di kem-kem seluruh Malaysia,tarikh ini ternyata mengukir sebuah petanda bagi mereka,sama ada satu simbol kebebasan dari sebuah ‘penjara’ atau satu kenangan manis yang bernoktah pada tanggal 11 Mac ini.


Jadi ruangan kali ini ingin saya ungkapkan sedikit ulasan dan pandangan saya terhadap beberapa pengalman manis saya dalam berkampung di kem semarak pekan Pahang.Malahan saya percaya pelatih-pelatih lain mungkin lebih banyak pengalaman yang bermakna dan menarik sepanjang menjalani aktiviti di kem masing-masing,namun dari segi analisisnya mungkin pada hemat saya tidak ramai yang mampu melihat pengalaman tersebut sebagai batu loncatan untuk meningkatkan tahap keilimuan dan kematangan dalam diri kita.Namun tidaklah dengan berkata ini bererti saya mendabik dada dan mengistiharkan diri saya sebagai ‘manusia matang abad ini’,malah saya sedar ruangan kedaifan dalam diri ini masih banyak yang tidak terisi dan dengan itu mungkin secebis coretan saya ini dapat meningkatkan tahap maturity saya sendiri untuk menjadi manusia yang lebih baik.Oleh itu sebarang pendapat yang tidak selari dengan mana-mana pembaca amat saya alu-alukan untuk kebaikan mutual.


Monday, November 1, 2010

CERITA ORANG TUA

Post lama yang dipetik dari blog lama saya,sekadar peringatan semula...




Di saat ufuk pagi mula menyapa,matahari gah berdiri mencorakkan angkasa,,perlahan-perlahan anak-anak pantai mengatur langkah dengan bergunung harapan untuk mencari rezeki di hamparan lautan yang luas.Ombak-ombak yang buas memukul pantai seakan satu permainan yang sebati dalam darah sorang nelayan tua yang tahu bahawa keluarganya di rumah masih lagi bersandar padanya.Tidak kira langit pagi bertukar hitam atau angin tidak lagi berbuai mesra sekalipun ,jaringan jala perlu ditebar untuk sesuap nasi anak-anak kecil yang belum megenal erti kepayahan dunia.Namun…dalam keperitan yang menjadi parut dalam perkelanaan mereka di bumi Allah ini,masih ada ketika mereka tersenyum manis dan ketawa,sebagai tanda mereka akur dengan takdir yang tersurat.




Begitulah pemandangan yang menjadi sajian saya setiap pagi sepanjang menjadi anak desa di pantai telok kalong.Kehidupan kampong terutama di tepi pantai ini ibarat sebuah sekolah yang banyak mengajar saya erti kehidupan,malahan batu,pasir,angin,dan segalanya yang bersemadi di sini seakan boleh bersuara mengajar pelbagai ilmu dan menjana pelbagai idea bagi insan-insan yang sudi untuk memerhati dengan mata hati.Mungkin bagi mereka yang menghuni bandar mempunyai pengalaman yang berbeza namun suasana kampong tetap menjadi pilihan saya dalam mencari inspirasi dan ilmu untuk mematangkan diri kerana di sinilah terisi pelbagai teater kehidupan yang menampilkan pelbagai tema kejumudan pemikiran dan keaslian nilai-nilai budaya dan sosial.



Untuk ruangan kali ini,saya bercadang untuk menceritakan sedikit pandangan saya terhadap watak yang ditampilkan oleh segolongan orang-orang tua “kedai kopi”.Mereka ini bukanlah bertindak biadap,atau berkelakuan tidak senonoh sehingga membuatkan saya terpanggil untuk menulis,malahan tulisan ini bukanlah untuk menghina mereka yang lebih tua berpuluh tahun dari saya kerana saya sendiri,telah menjadi adab orang melayu yang sangat menghormati orang tua(sungguhpun kadang-kadang ada yang melampau batas) namun dalam memperbaiki diri sendiri dan orang lain,nasihat dan pandangan tidak mengenal usia.



Kalau kita melihat,mungkin di gerai-gerai mahupun di kedai-kedai makan di sekitar kampong-kampung,kita akan menyaksikan satu perhimpunan ‘agung’ oleh sekumpulam orang-orang berusia seperti atuk-atuk kita akan “bersidang ala parlimen” dari pagi sehingga ke senja.Antara isu-isu yang menjadi perbincangan menteri-menteri kampong ini lebih terjurus kearah politik(saling kutuk-mengutuk ahli politik) dan beberapa selingan segmen ‘dam haji game’yang cukup menjadi kebiasaan mereka.Malah ada yang bertaruh duit untuk memeriahkan lagi majlis mereka ini yang berlangsung seharian(pagi hingga petang).Fenomena ini merupakan fenomena yang biasa,malah ada di kalangan kita menganggap fenomena ini adalah suatu amalan wajib apabila menyertai kelab ‘pencen’ kelak setelah usia sudah menjangkau angka 50.

Friday, October 29, 2010

Gadis berambut perang yang mencari melayu yang hilang

sekadar gambar hiasan


Fikir,dan terus berfikir mencari solusi.Hati ini robek melihat suatu catitan anak berusia 8 tahun yang masih mentah dalam mengenal dunia.Betapa kenaifan anak kecil ini begitu jujur dalam mentakwil perasaan dan pandangan mereka,sehinggakan,coretannya mampu menafsir gelora umat melayu yang melanda kita hari ini.


“Lepas ini awak cuba tengok lukisan anak saya dekat kids corner,aida abdul aziz,dan awak akan faham apa yang saya cakap.Inilah pandangan seorang kanak-kanak yang tak tau apa-apa”butir-butir nasihat Puan Jaswati kembali bercerita di benak saya.Dalam diam,saya mengangguk perlahan.


Mata ini masih tidak mahu beralih dari lukisan Aida abdul aziz yang megah terpampang di Kids corner.Benarlah kata-kata pujangga purba,bahawa betapa sebuah gambar itu cukup menyimpan seribu makna yang mampu menafsir seribu rahsia.Dan lukisan anak ini,nyata suatu petanda,atau suatu kayu ukur yang mungkin perlu kita semua gali maknanya.Indah namun cukup berbisa.

“Jepun,orang puteh,arab dan......melayu??
”.Sedih.Hati ini sudah mula merintih pedih dan kecewa.Mengapa gadis jepun yang dilukis sopan berbaju kimono,”orang puteh” bangga dengan gaun panjang mereka,gadis Arab hebat dengan purdahnya,dan GADIS MELAYU??BERAMBUT PERANG DAN BERBAJU KURUNG(yang agak ketat bagi saya) ??Malah seakan gadis melayu itu seperti kembar “orang puteh” yang berdiri sebaris dengannya.

Monday, October 25, 2010

My comrades wipe my tears

Dicadangkan untuk pembacaan semula







Malam itu cukup tenang,bagaikan angin yang bertiup lembut menyapa umat manusia di kem PLKN Semarak,pekan.Tiada kebingitan yang memecahkan suasana,maka malam itu hanya sepi menjadi tema,bertemankan bunyi-bunyi alam yang setia berlagu,mengikut walhal aturan Yang Maha Kuasa.


Ah,bunyi cengkerik menemani saya pada malam itu.Dalam tetingkap kedamaian malam yang serba gelap ini saya hanya mampu bersembunyi daripada kelibat manusia di celah-celah pokok-pokok berhadapan pantai,mencari penawar bagi kekusutan hati ini.Damainya malam tidak mungkin sedamai lautan yang bergelora didalam jiwa saya pada saat itu,satu raut kehampaan,kesunyian terukir kemas di pangkal hati,dan peritnya hanya Allah sahaja yang lebih tahu.Dalam kedamaian itulah,saya menangis bagaikan budak kecil yang jatuh terluka.Air mata ini deras mengalir tanpa bicara,peristiwa yang terjadi hanya 30 minit sebelum itu benar-benar merobek sebuah harapan yang saya bina sepanjang berkelana di Kem PLKN ini.

“Siapa yang tanya soalan ini!!?”

Sunday, October 24, 2010

Marathon dan HIDUP



“Masyallah penatnya..”saya bersungut.Mata yang layu ini sekadar terkebil-kebil melihat jalan raya yang begitu panjang terlentang luas di hadapan saya,seakan mengejek diri yang serba lemah ini agar berhenti dari berlari dan terus sahaja mengalah.

“bila nak sampai ni??Allahuakbar”hati ini tidak berhenti-henti mengeluh.

“Patutkah saya mengalah?”
“patutkah perjalanan yang jauh ini saya isikan sahaja dengan “lenggang-lenggan santai” sahaja??”
“Malahan ini Cuma sekadar suatu pertandingan yang tiada makna,kenapa perlu bersungguh-sungguh sangat?”
“buat apalah perlu bersusah-susah untuk sumbang point kepada house,saya bukanlah rapat “tahap gaban” dengan mereka??lagipun kalau berjalan kaki sahaja pun sudah memadai untuk menyumbang satu atau dua mata”

Begitu syaitan itu di mana-mana sahaja menggoda kita.Malahan dalam setiap minit perjalanan yang saya tempuhi itu saya diganggu oleh suara-suara sumbang hati ini yang hanya berbenderakan nafsu palsu untuk kesenangan sementara.Namun saya sedar perjalanan perlu diteruskan.Maka kaki yang berat ini diseret juga melalui setiap liku jalan-jalan yang ada.Batu-batu yang keras kadang-kadang mencucuk kaki ini dipulaukan dari terbit dalam sudut hati yang sudah “dalam peperangan” ini.Mungkin saki baki motivasi itu ,sungguhpun sudah kehabisan peluru untuk berperang,masih sanggup berjuang dengan dengan kudrat-kudrat yang tinggal.

Thursday, October 21, 2010

MALAM YANG KELIRU



Jauh dari ribut manusia,
  Mengintai dari celahan sudut-sudut malap,
Aku berkhalwat,menghitung senyum-senyum manusia,
   Dalam tangis dan ketawa-aku,meburu makna.

Oh,pesta sudah bermula,
Singgahsananya yang siap,megah!!
Terang menyilau disinar gelap,
Maka anak-anak riang pun,
Bertepuk mendengar selawat,
     Sekadar meraikan zahirnya,
Lihatlah,  senyum-senyum itu,
Kerna aku keliru, akan batinku yang meronta,
Seperti juga batin mereka,yang langsung,
Disenyapkan .

Sunday, October 17, 2010

Ayuh berpijak di bumi nyata..



Dalam kepenatan dan kelonglaian pada pagi subuh itu,ramai jemaah selepas menunaikan solat subuh, “terlentang” melabuhkan kepala masing-masing,untuk berehat di atas karpet surau sebelum mereka menunggu jam berdetil tepat pada angka 7.30 pagi.Hari sabtu di kem semarak Pekan Pahang adalah hari yang paling melegakan,tiada perhimpunan pagi,tiada acara menaikkan bendera,tiada aktiviti selpas solat subuh,menyebabkan mata yang dahulunya terpaksa berjegil untuk bangkit dari katil melepaskan geram pada pagi sabtu tersebut.


Namun kedapatan juga beberapa orang pelatih yang khusyuk membaca Al-Quran,menyebut setiap huruf dengan penuh kesyahduan,sehinggakan kadang-kadang menyentuh hati saya sendiri yang menjadi saksi keadaan ini.

“Bagusnya sekiranya ramai yang seperti ini”bisik hati saya sendiri.

Jauh adri sudut hati saya waktulah ini waktu yang sesuai untuk berinteraksi dengan tuhan(selain dari wktu tgh malam-yang tak ramai mampu bangun untuk melaksanakannya).Tercetus dalam hati saya untuk menyertai mereka namun pada pagi sabtu itu saya ada tugasan yang perlu saya laksanakan,satu tugasan yang pada hemat saya mungkin lebih penting dan perlu didahulukan kerana tiada kesempatan masa di waktu yang lain.

“Imran,dah nak pergi dah?”tanya Farid,seorang sahabat yang agak rapat dengan saya.

“Biarlah dia,dia nak pergi jumpa “awek” dia tu..”Arief sengaja memerli.

Saya hanya tersenyum.Saya tahu Arief ini memang sahabat yang suka bergurau.Saya sedikit pun tidak terasa hati.

“kena pergi la,aku ada kelas dengan sifu aku”
Mereka semua mengangguk faham.Saya terpaksa meninggalkan halaqah ilmu(yang kadang-kadag menjadi halaqah berborak) pada pagi sabtu tersebut kerana ada temujanji untuk dipenuhi.

“kirim salam dekat budak-budak chrsitian tu”itulah ucapan perpisahan mereka kebiasaanya sebelumsaya beredar.

Bagi saya.setiap pagi sabtu di kem PLKN Semarak bukan pagi yang biasa,bukan sekadar untuk bangun,solat dan makan seperti pelatih lain.Hal ini kerana saya ada “date” dengan pelatih-pelatih christian yang saban Sabtu,akan berkumpul di  padang kawat sebelum mereka bertolak ke church.Di kesempatan inilah saya menuntut ilmu dari salah seorang dari mereka yang saya anggap salah seorang yang sangat arif dalam agama christian.Saya memanggilnya ‘sifu’.

Saturday, October 16, 2010

kembaraku bersama bintang



Saban hari di saat ufuk pagi mula menjenguk hari,pasti bergema nyanyian merdu sang alam yang  digarap indah Yang Maha Pencipta.Alunan burung-burung bersiul senada,tiupan bayu lembut menyapa,dan tarian-tarian asyik daun-daun gugur berputar di pentas udara merangkum persembahan yang cukup bermakna bagi menyambut mukaddimah hari yang menjelang lagi untuk meniup harapan baru bagi umat manusia.Adapun mereka yang benar-benar celik pasti teruja melihat betapa tuhan menyambut gerak manusia untuk berkerja pada agama di hari yang baru ini.Namun adapun yang buta kekal buta mentafsir hari-hari yang mendatang berlagu hambar tiada bermakna.

Alhamdulillah nafas masih lagi setia berhembus,setiap pagi aku masih lagi mampu celik dan menikmati kedatangan hari baru.

“hari semalam sudah mati,tiada akan diketemu lagi di dunia ini,tetapi hari-hari semalam akan kekal hidup di sini”

Ya,ia akan hidup sentiasa di sini,..angkatlah tangan anda dan letakkanlah dengan lembut di dada,hari yang semalam anda lalui akan sentiasa hidup di situ,di hati anda bagi mereka yang menghayati.Kadang-kadang di dalam kesibukan diri ini berhempas pulas bekerja,berfikir menjana idea,akan terbit sejenak rasa rindu pada hari-hari yang lalu,maka pasti akanku selami sebentar hati ini untuk menatap semula kisah-kisah karangan Tuhan yang sudi singgah dalam kembara saya di bumi kecil ini,dan dalam keasyikan itu tanpa disedari mulut ini pasti senyum sendiri dan air mata pasti rela mengalir perlahan di pipi.Masyaalah.. sungguh tuhan sebaik-baik penghias hidup manusia.

Friday, October 15, 2010

Ragam sebuah perpustakaan





Petang itu angin bertiup lembut membuai rumput-rumput yang turut sama menari mendendangkan lagu-lagu alam,langit yang serba mendung sejak beberapa hari masih lagi belum memuntahlkan airnya untuk membasahi bumi yang serba dahaga.Jauh dari tingkap peprustakaan itu saya sempat menjenguk,melihat burung-burung berterbangan berkumpulan merentasi langit yang serba kelabu itu.Ketiadaan matahari yang mungkin tersipu-sipu malu untuk menghiasi ruangan langit pada petang itu mungkin membuat suasana di dalam perpustakaan itu sedkit sejuk berbanding hari biasa.Mujur saya memakai baju yang agak tebal. 

“fuh...penatnya rasa” 

Buku “aku terima nikahnya” tulisan saudara hazrizal jamil(terima kasih kepada rakan-rakan yang mencadangkannya) saya belek-belek.Hampir 2 jam lebih karya saudara hazrizal ini berjaya memaku saya di kerusi dan mengikat mata saya untuki terus menatap helaian demi helaian hinggalah ke muka yang terakhir.Namun 2 jam masa yang terluang itu,secara peribadinya cukup berbaloi kerana apa yang disajikan oleh “aku terima nikahnya” itu benar-benar membuka fikiran untuk memahami naluri seorang remaja dalam mencari sebuah cinta yang biasanya terbabas dalam lamunan desakan inginkan kasih sayang.Two thumbs up for this masterpiece. 

Namun jam baru menunjukkan tepat pukul 12.30 tengahari.Masih awal lagi untuk bersiap pulang ke rumah saya kira.Dalam diam saya merenung dan mula berfikir,sambil pandangan ini saya hadapkan ke ruang tengah perpustakaan yang serba serbi luas ini.Sungguh suasananya cuku hambar dan sepi.Kerusi-kerusi dan meja yang tersusun rapi seakan kerinduan untuk melihat manusia menggunakannya khidmatnya.Sungguhpun tulisan berwarna warni di coretkan di dinding,serta pelbagai gambar-gambr yang menarik serta cantik dipandang menghiasi segenap dinding perpustakaan yang telah hampir 20 tahun lebih beroperasi,namun “seri” nya masih belum begitu memancar,hambar,kaku.Saya fikir mungkin gambar-gambar itu juga sudah turut kecewa kerana tidak ditatap sesiapa.Suatu pemandangan yang bisu,tanpa sebarang ungkapan indah yang mampu diselitkan di mana-mana, 

Thursday, October 14, 2010

Reconstructing the philosophy of education in the light of Islam.

 
 
Reconstructing the  philosophy of education in the light of Islam.

It’s already a week after the last paper that we took for our final semester exam. Eventhough days had passed by but still one can still sense the joy and gladness that cover the whole atmosphere of KYUEM. I can still recollect the moment when some of my friends suddenly screaming of joy once the IELTS exam on Friday was over. “What a day” he must think.But somehow this mere reactions triggered me a thought on why such things happened.Is it stressful to stare at the books for two or three hours??Why should we feel stressful and study only when the exam was just around the corner? One had said to me that our education system is ‘exam-oriented’ and obtaining excellent result is the grand purpose in the study.I personally believed this belief had entirely altered our mindset and stagnating the growth our intellectual ability in understanding the nature, and perhaps this discourse will mainly justifying my claim.

In surah Ali Imran, chapter 3:190-191, God had mentioned “Behold! In the creation of the heavens and the earth, and the alternation of night and day,- there are indeed Signs for men of understanding (uhlul albab). Men who celebrate the praises of Allah, standing, sitting, and lying down on their sides, and contemplate the (wonders of) creation in the heavens and the earth, (With the thought): "Our Lord! not for naught Hast Thou created (all) this! Glory to Thee! Give us salvation from the penalty of the Fire.”. This verses was using the term uhlul albab,indicating to those whose make sense of their intellectual to study on the creation of the Almighty for the good of mankind and also to strengthen their iman.As for this case, this verse clearly conveyed the message for the Muslims to gained the knowledge of the world, and even motivates the prior scientist in the Golden Ages of Islam to study the nature.Ibn kathir commented on this verse in the following words; “Some of the Muslims scholars opined that whoever study closely about the broad sky that was filled with stars, moon and the sun that was moving through their system ceaselessly, then observed the sea that surrounded the land......will gained evidences about the existence of god(strengthen their iman),The Greatest Creator, the most Powerful and the Wisest.”(Tafisr al Quran al azim).Even at the early period of Islam, this notion had well known by the Muslims but the reality nowadays depicted critical problems where most of the Muslims had neglected the passion towards knowledge. You may ask anybody regarding these issues and believed me, only a small number of them had set up their intention to study only for the sake of the knowledge and to embrace a better understanding of the nature and its link to the Greatness of God.

One should also flash back to the years of the Abbasid age where the Islamic civilisation was at its pinnacles and becoming the focal point of intellectual gatherings. During that period of time most of the foundations on a core part of scientific and philosophical notions were under the handworks of the Muslims scholar. The great modern Muslims scholar, maulana Iqbal in his masterpice, the Reconstruction of Religious Thought in Islam, did observed: “It was Ishraqi and ibn-taimiyya who undertook a systematic refutation of Greek logic. Abu Bakar Razi was the first to criticize Aristotle’s first figure...Ibn hazam,in his Scope of Logic, emphasizes sense perception as a source of knowledge; and ibn taimiyya,in his refutation of logic, shows that induction is the only form of reliable argument. Those arose the method of observation and experiment” and Iqbal further criticize some claim that says the scientific method enunciated from the westerners scholar, Roger Bacon: “It is a mistake to suppose that the experimental method is European discovery.....and where did Roger Bacon receive his scientific training? in the Muslims universities in Spain. Indeed part of his ‘Opus Majus’that is devoted to ‘perspective’ is practically a copy of Ibn Haitham optics” .It was later then this claim was slowly accepted by the westerners like Bertrand Russell, and Brian Stock. They are the one who publicised the fact that Islamic civilisation is indeed outweigh the ‘civilisation’ of the western world. Now coming to the real question is how these prodigious achievements had been made? The sole answers only inferring to the mind set of the entire Muslims scientist in that age which studied passionately not for the desire to pass any test, but to satisfy the thirst for colours of knowledge. No priceless treatises that one can made without putting a cup of love towards what the knowledge may say

So what I am calling for is a shift in our view and niat from mainly focussing on obtaining A* in every subjects to a  broad structure of thinking which connected the study that we conducted daily in our class with the intense passion towards the knowledge and to solidified our iman.Muslims world now had no longer had the taste of the influential public figure like ibn sinna,ibn Rushd,Al-Ghazallie,al –Khawarizmi and some more great names that had mastered varies field of knowledge and recognised by the whole world.Maybe,and hopefully our generation that lived in our globalised world may offered the same legacy with a list of a catalogue of icons that give rebirth to the new era of the Golden Age again.Insyallah.


p/s-really need to make it short for quite a certain reason....