Friday, March 4, 2011

Memilih sebuah jalan di persimpangan



Sudah agak lama blog ini sepi dari sebarang pengisian,sunyi dari sebarang kunjungan,malah bisu dalam memberi peringatan.Betapa telah saya abaikan aktiviti menulis saya buat sekian lama.Mungkin sibuk dengan urusan kolej dan akademik,lagi-lagi sejak dilantik menjadi “pembantu pelajar dan kolej” di kampus terpencil Lembah Beringin ini.

Teringat pula ketika saat nama sayup-sayup disebut di bibir rakan-rakan dan teman sekelas.

“Insyallah Imran,kau cuak tak??ko bolehnya”.

Saya hanya mengukir senyuman malas,mungkin sudah penat ditanya soalan yang sama berkali-kali oleh rakan-rakan yang lain.

“Ok saja,kalau da rezeki dapatlah”

Hari itu sememangnya hari yang besar.Hari yang mungkin akan tertulis di ruang memori saya buat selama-lamanya.Tarikh keramat yang menjadi “turning point” dalam perkelanaan kerdil ini di bumi KYUEM Lembah Beringin.Sudah berbulan saya tertanya-tanya,cuba menipu hati ini agar ia tenteram dari arus gelisah yang sering memikirkan apa yang bakal terjadi selepas keputusan hari ini ditetapkan.Kesannya sudah pasti suatu yang besar,bebannya sudah pasti berat, dan diri ini masih ragu sama ada perjalanan yang akan ditempuhi ini bakal sampai pada destinasi yang ingin dituju.

Masanya sudah tiba.

“Good Luck Imran,ko dah comfirm dah”.seorang sahabat menyapa.

Sekali lagi hati ini pedih ibarat ditusuk sebilah belati yang tajam.Saya cuba senyum,faham dengan niat hati sahabat berkenaan yang cuba memberi kata-kata semangat sebagai ubat untuk menghilangkan rasa resah.Namun bukan kata itu yang saya harapkan,bukan keputusan itu yang saya impikan,kerna andai itulah yang tertera dalam kalimah tadir yang telah ditetapkan dalam kembara saya di sini,maka sudah terbayang akan sebuah perjalan yang sangat perit yang bakal ditempuhi.

Setahun lebih akan saya diuji.Masyallah.

Jam sudah menunjukkan tepat jam 4.20 petang.Kelihatan pelajar-pelajar lain masing-masing berpusu-pusu menuju ke dewan perhimpunan.Jumlah pelajar yang menghadiri perhimpunan “menggemparkan” hari ini lebih ramai dari biasa.Masing-masing mungkin ingin turut serta melihat siapakah yang menyandang “tempat” yang sepatutnya.

“Jadi hari ini saya nak umumkan calon-calon yang menang pilihanraya untuk student council yang diadakan minggu-minggu lalu...”pengerusi majlis memulakan bicara.

Tika itu fikiran saya jauh berlayar mengimbasi saat-saat saya didatangi beberapa orang sahabat yang meminta saya untuk turut bertanding.Malahan ada yang meletakkan wajib bagi seseorang yang layak itu untuk bertanding andai dia layak bagi mengelakkan jawatan-jawatan tersebut jatuh ke tangan pihak yang tidak sepatutnya.

“Takpalah..Insyallah boleh kalau orang lain yang ambil,Insyallah.”Saya memberi jawapan standard.

Ada ketika juga waktu malam,saya dipanggil dan di “brainwash” agar turut serta bertanding merebut jawatan dalam Student council.Sering kali disebut-sebut bahawa untuk kemaslahatan dan keperluan komuniti,maka saya perlu berada dalam posisi yang tinggi untuk mengawal dan membantu pelajar.Saya fikir kata-kata sebegitu terlalu berlebihan,seakan akan “kiamat” andai saya tarik diri.Namun untuk beberapa perkara ada benarnya,kerna andai dakwah itu mampu dilaksanakan dalam keadaan berjawatan sebegitu,maka perlu untuk peluang ini direbut agar dapat dimanfaatkan untuk proses dakwah.

Namun bersediakah saya??

Jiwa ini sering mencerca diri sendiri,mengungkit-ngungkit akan kelemahan diri sehingga menyebabkan saya sendiri malu untuk bertanding.Jawatan bukanlah suatu mainan,dia adalah suatu amanah yang berat dan hati kerdil ini takut untuk menyahut panggilan tersebut.Tugas yang besar akan menanti andai saya terpilih,dan soalan yang perit akan ditanya di akhirat kelak andai saya tergelincir.

Saya tenggelam dalam dilema.

Berminggu saya bertarung dengan perasaan sendiri dengan harapan akan terbit suatu jawapan dan nekad yang jelas.Namun sentiasa ada kabur yang datang menyerang  jiwa ini sehingga menjadikan diri ini tidak keruan .

Akhirnya saya akur dengan desakan.

Saya redha dengan ketentuan.

“Kalaulah aku kalah dalam pilihanraya ini,saat itulah yang paling bahagia bagi aku,namun aku dah pilih jalan ini,aku mesti cuba menang”

Begitulah saya khabarkan kepada beberapa sahabat baik yang sudi memberi kata-kata semangat.Turut serta rakan-rakan lain memberi sokongan.Alhamdulillah

Kemudian tibalah waktu berkempen,bermanifesto dan sebagainya.Saya tempuhi setiap acara dengan mindset “Mesti cuba sehabis baik untuk menang,walaupun jiwa ini merayu untuk  kalah”.

“Jadi untuk jawatan Presiden..terdapat dua calon yang bertanding,iaitu Imran Raid dan Ashraff alif”pengerusi majlis memberi pengumuman.

Saya menunggu dengan penuh debaran.Rakan-rakan di belakang sudah menepuk-nepuk bahu saya mengucapkan “tahniah”.

“Ya Allah,aku serahkan segalanya pada engkau..”.Wajah ini tunduk memandang lantai.

..dan keputusannya,jawatan presiden dimenangi oleh.. IMRAN MOHD RASID”

Saat itu hati kecil ini sudah mula menangis.Saya sudah tidak mampu untuk menipu diri sendiri lagi.Kenyataannya sudah terbit dan tertulis. “Beban” ini sudah terpikul,tiada alasan lagi untuk berdalih.

Sebuah perjalanan yang perit baru bermula.

Namun begitulah erti dan makna sebuah kehidupan.Tidak mungkin kehidupan itu sesuatu perkara yang senang dan mudah.Sudah pasti bahawa setiap liku-liku kembara kita di bumi tuhan ini adalah ujian dan cabaran.Andai manusia itu hanya ingin tinggal dalam zon selesa mereka sahaja,maka tiadalah manfaat untuk masyarakat kesemuanya.Andai pendakwah itu hanya ingin tinggal dalam zon selesa mereka sahaja,andai golongan-golonga beragama enggan keluar dari zon “siqah” mereka,hanya mahu wujud sebagai manusia yang memberi peringatan melalui bacaan kitab-kitab lama,dan nasihat-nasihat di surau sahaja kerna kononya “itu sekadar yang mampu”,maka Islam itu sendiri tidak akan berkembang.

Semoga Allah memberkati perjalanan saya ini.

p/s:post kali ini lebih sekadar peringatan untuk diri sendiri.Semoga bermanfaat.

13 comments:

  1. tahniah, and selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  2. pengalaman yang sama, di akhir waktu, Allah titipkan cebisan kekuatan.

    Post sama di blog (http://shafiramuhamadnoh.blogspot.com/2011/02/saya-kehidupan-yang-diteruskan.html) , luahan rasa 'beban' itu, meski mereka kurang mengerti, namun cukup Allah melindungi. Insha Allah. moga tsabat.

    Salam kepimpinan. *teringat dan terkenang zaman kepimpinan di MRSM.

    ReplyDelete
  3. tahniah. semoga menjadi pemimpin yang baik disisi-Nya. :)

    ReplyDelete
  4. there is always, a bright side in things. When you look at them, believe in them, then there was never a burden to begin with.

    ReplyDelete
  5. Imran,
    True, memang berat rasa tanggungjawab, memang perit jalan yang akan datang, tapi bukan saje sbb desakan, atau hati yg menginginkan, tapi Allah juga telah menetapkan, this is your path. So, believe in yourself, wake up every morning, ask yourself, why am I awake and not dead? There must be a reason, because He can take us anytime. Quoting what my mum said to me, "this responsibility, is going to develop you a lot, so stay strong." and insyaAllah, dengan niat yang betul, ada kebaikan yang menanti.

    just a reminder to mself too. hope u dnt find it nonsensical. ;)

    ReplyDelete
  6. that's my bro! you can do it! my suggestion: taknak tubuhkan organisasi rahsia ke?

    ReplyDelete
  7. tahniah, semoga Allah sentiasa merahmati perjalananmu
    telah pasti, suatu hr nanti Islam akan tertegak kembali di Bumi.. dan seandainya itu berlaku pd zaman kita, semoga kamu merupakan salah seorg dr barisan pemimpin yg berusaha.
    Terajuilah kepimpinanmu dengan berlandaskan syariat Islam & sunnah Rasulullah SAW.. Insya-Allah, kamu akan berjaya

    ReplyDelete
  8. thanks sahabat2 sekalian...hidup ini xmungkin akan senang..kerna manusia itu sentiasa diuji...

    ReplyDelete
  9. organisasi rahsia!? nak join!!! apa kita nak buat? jual buah limau secara senyap sebelum raya cina?

    HA HA HA

    tahniah!

    ReplyDelete
  10. organisasi rahsia:the seven...

    faisal:organisasi ala2 iluminati or freemason la..kiter design2 bola2 or produk2 yg ada lambang2 organisasi kita,then br boleh conquer dunia..HAHAHAHAHAH(GELAK JAHAT)

    ReplyDelete
  11. "dan Aku telah memilih enkau, maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan kepadamu" tha-ha 20:13

    tahniah

    ReplyDelete
  12. wow..amat artistic penulisan!

    ReplyDelete