Monday, January 10, 2011

TOP 10 buku 2010:My personal Choice

Mungkin sudah 10 hari kita berjaya menghuni alam 2011.Mungkin belum terlambat untuk saya titipkan ucapan Selamat Tahun Baru Masihi kepada para pembaca yang sudi bertandang ke blog kerdil saya ini untuk mendengar bebelan seorang insan biasa.Mana yang memperoleh manfaat,saya doakan agar barakah yang terbit dapat menyelamatkan saya dan kita semua di dunia dan di akhirat kelak,dan adapun salah dan cacat cela atau kasar bahasa yang mungkin mengguris sekeping hati kurniaan tuhan itu,saya yangd daif ini memohon kemaafan atas kesalahan yang tidak disengajakan.Sama-samalah kita mengimarah hubungan silaturrahim dengan lafaz maaf-bermaafan.

Alhamdulillah sepanjang hari-hari yang bernaung di bawah tahun 2010,saya sempat melabur sedikit masa untuk digunakan bagi aktiviti pembacaan dan ulangkaji tentang subjek-subjek dunia.Selain textbook yang sudah mengikat kontrak untuk bersama dengan saya selama 2 tahun di kolej Yayasan UEM sebagai pelajar Alevel,saya sempat bertegur sapa dengan beberapa buah tulisan agung ahli-ahli intelek dunia yang besar jasanya dalam membangunkan pemikiran manusia.Untuk ruangan kali,saya fikir,mungkin tidak salah untuk saya berkongsi sedikit buku-buku pilihan  yang berjaya meninggalkan impresi yang sangat hebat pada diri saya.Antara buku-buku yang sudah dikhatamkan,berikut adalah sebahagian yang dapat saya sarankan pada pembaca.:

1)Dr.Muhammad Mumtaz Ali,Critical Thinking:An Islamic perspective,Thinkers Library,2008,

2) Dr.Muhammad Mumtaz Ali,The Philosophy of Science:Western and Islamic Perspectices on Certain Aspect, Thinkers Library,2009,

3)William James,The Will to Believe and Other Essay in Popular Philosophy,Longman and New York publisher,first edition on 1897,

4)Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi,membangun ummah suatu kenyataan bukan khayalan,terjemahan saudara Ahmad Nuryadi Asmawi,Thinkers Library,1996

5) syed abul’ala mawdudi,The Islamic law and constitution,Islamic Publication,Lahore pakistan,1955,7th edition

6)Muhammad Asad,State and Government In Islam,Islamic Book Trust,Kuala Lumpur,1980

7)Louis Pojman,Philosphical Traditions:A Text with Readings,Wadsworth publication,1998

8)Jean Jacques Rousseau,The Scocial Contract and Discourses,Revised and Augmented by J.H Brufitt and John C.Hall,Everyman’s Library,published on 1973

9)Asean Values:Encounter with Diversity,editted by Josiane Cauquelin,Paul Lim and Birgit Mayer Konig,Curzon Press,1998,

10)Syed Hussein al Attas,The Sociology of Corruption:The Nature,Function,Causes and Prevention of Corruption,Times Book International,Donal Moore press,1980

Mungkin inilah top 10 buku yqang dapat saya nukilkan di sini dan dicadangkan pembacaan kepada sesiapa yang berminat.Kebanyakan buku di atas membincangkan perihal strukutur politik dan isu-isu barat dan asia tenggara.Semoga bermanfaat J

Tuesday, January 4, 2011

Re-post:Dilema Umat Islam,menangani isu Flotilla

Artikel ini ditulis ketika Flotilla baru sahaja diserang.Dipetik daripada blog lama penulis.Penulis sengaja meletakkan tulisan ini di ruangan kali ini memandangkan beberapa sumber berita ada yang mengkhabarkan bahawa satu lagi rombongan akan di hantar pada tahun ini.Semoga mendapat manfaat.(maafkan dari segi kesalahan dan gaya bahasa yang agak emosi-mungkin-





Isu serangan Flotilla telah mula menyusup masuk ke dalam telinga kita semua beberapa hari yang lalu.Sungguhpun begitu kehangatan dan kemarahan sejagat masih lagi belum surut dan slogan anti-Israel yang dahulunya malap sebentar sudah mula menyala dan dilaungkan sebulat suara.Setiap kali saya membuka laman facebook,pasti akan timbul pelbagai slogan yang secara keseluruhannya mengutuk tindakan Zionis yang katanya begitu kejam,sombong,dan sebagainya.Saya tidak bercadang untuk berceloteh panjang perihal hal itu kerana saya telah rakamkan tulisan saya perihal tentang keganasan Zionis dalam konteks sejarah di post yang lepas,namun apa yang ingin saya bincangkan bersama pembaca yang sudi ialah tentang sikap “amarah bermusim” yang perlu kita sama-sama renungi. 

Bukalah blog,facebook,friendster,serta mana-mana forum,pasti terukir kutukan demi kutukan yang dihemburkan kepada zionis.Malahan ada yang menggesa bahawa sesiapa yang tidak ambil tahu perihal berita tentang serangan zionis di Flotilla itu maka berdosalah akan dia dan zalimlah akan manusia sebegini.Terbit juga suara-suara yang merayu agar kita mesti mengutuk Israel di mana-mana sahaja(tidak jelas ungkapannya kerana “di mana-mana” merangkumi semua tempat?termasuk tandas??saya positvely thinking mungkin mereka maksudkan saluran-saluran bersuara yang disediakan.).Dalam meneliti ungkapan serta kemarahan ini,saya hanya mampu menggeleng kepala.Mengapa??bukan saya tidak bersetuju tetapi melalui paradigma saya sendiri,ia adalah langkah yang penting tapi TIDAK CUKUP. 

Kalau kita semua mengimbas kembali kisah-kisah lama,dahulu kita pernah kecoh sebentar apabila Penjara Guantanamo mendedahkan pelbagai penyeksaan kepada tawanan muslim dan muslimah,dan pada waktu itu hampir semua rakyat dan umat kita mula “terangkat punggung” apabila dipertontonkan kekejaman yang berlaku ke atas saudara mereka di sana.Riuhlah bandar-bandar membuat pelbagai demonstrasi,aktivis-aktivis mengeluarkan suara bantahan mereka,dan kutukan demi kutukan bak peluru berpandu dilepaskan ke bangsa Zionis ini.Namun selang beberapa ketika,isu itu telah menjadi lapuk dan tiada lagi suara-suara dan kutukan semegah dulu,sedangkan pada waktu itu Guantanamo masih beroperasi sebagai neraka tahanan,namun MASA yang berlalu menelan segala semangat kita.Lihat pula ketika Sayid Yassin di bunuh,sekali lagi “punggung kita” terangkat,muka kita bertukar merah dan mulalah semula pelbagai protes dan tunjuk perasaan,kutukan demi kutukan yang akhirnya berkubur ditelan masa(tak sampai berapa minggu).Singkaplah semula penangkapan Saddam Hussein,pembunuhan Benazir Butto,serangan gaza dan sebagainya,maka kita akan melihat rasa “benci” kita dan “marah” kita hanya berMUSIM.Begitu mudah umat kita lupa,hari ini bersembur rasa jelek terhadap zionis,hari esok,atau lusa kita sudah langsung tidak peduli.Mungkin hari ini kita menangis,berdoa,bersedekah dan kemudian esoknya kita langsung alpa dengan keseronokkan dunia.Seseungguhya betapa palsunya kasih sayang kita pada penduduk Gaza,langsung tumbuh kemudian dicantas sendiri oleh tangan kita yang serba selesa ini. 

Wahai umat manusia,sedar atau tidak sedar sebelum ini sudah beratus ribu yang terkorban di Gaza,baru hari inikah kita mahu bersuara?? 

“saya dah bersuara dan join protes,dan sebarkan berita lah masa tu..” 

Kemudian,selang beberapa hari apa yang kita lakukan?manakah semangat jihad dan benci apabila Umat kita diperlakukan seperti ini??Perlulah zionis perlu “mengingatkan” kita berkali-kali agar kita tersedar semula dari lentok kelenaan untuk bangkit berjuang semula?? 

SYAKIRA:CINTA PERTAMAKU

Ini bukanlah Syakira... :)



“Alamak..slow la pulak internet kat sini..”saya merungut.

Jari ini tidak berhenti-henti meng “refresh” kan skrin komputer dengan harapan akan terteralah perkataan “Internet connection is available”.Setelah mencuba hampir puluhan kali,saya akhirnya putus asa.Duduk dalam kawasan kampung dan tengah-tengah hutan ini sememangnya “terpelihara” dari pengaruh internet.

Fuh..sememangnya kecewa dan kebosanan

Sekali-sekala saya menoleh kanan dan kiri,mencari teman atau sesiapa yang boleh diajak bersembang.Namun kesemuannya sibuk memasak,memanggang ikan dan ayam,ataupun aktiviti-aktivi lain yang hanya dilakukan “insan-insan dah kahwin” sahaja.Nun di dapur tersebut suasananya riuh seakan-akan  pasar malam.

“Sabarlah Im..japgi dah masak ayam ngan ikan tu aku panggil kau.”Ismail,sepupu saya menegur.Mungkin dia perasan yang saya sudah mati akal memikirkan apa yang ingin dibuat untuk mengisi masa yang kosong.

“takper bro..aku okey.”Walaupun dalam hati sebenarnya agak terkilan,bukan dengan sesiapa tetapi dengan keadaan.

............................................................................................................................................

Sedang saya duduk-duduk di ruang atas rumah tersebut sambil menanti masa berlalu dengan pantas,saya disapa oleh seorang kanak-kanak kecil yang umurnya dalam lingkungan 5 atau 6 tahun.Shakira namanya.Nama yang indah seindah orangnnya.

“Abang ni siapa?”

Saturday, January 1, 2011

Kerna Nila setitik..


Entah kenapa..saya sendiri malu sendirian.Dalam laungan slogan-slogan perpaduan yang dibawa ahli-ahli politik masih ada insan-insan BODOH dan PENDEK AKAL dalam bertindak.Masyallah,saya sendiri sangat sedih melihat anak-anak muda yang berlagak "hero" di atas,kononnya untuk membela suatu istilah bergelar "melayu".Dalam ribut politik yang melibatkan pemimpin-pemimpin yang sibuk bertengkar isu-isu kaum yang remeh dan picisan,anak-anak muda seperti ini terabai dan tenggelam dalam slogan kaum yang sempit dan akhirnya,turut menjadi "binatang" dalam berjuang.

SAYA JUGA ORANG MELAYU!!
SAYA JUGA SAYANGKAN BANGSA...
SAYA JUGA ADA IMPIAN UNTUK MELIHAT PERPADUAN
NAMUN SAYA MASIH ADA AKAL UNTUK DIGUNAKAN
SAYA TIDAK BODOH DALAM TINDAKAN!!

PS:maaf kerana sedikit emosi dalam penulisan..tapi hakikatnya hati ini sedih melihat anak bangsa sendiri yang merosakkan erti dan keindahan makna "kaum" dan "perpaduan".(-_-)