Saturday, January 1, 2011

Kerna Nila setitik..


Entah kenapa..saya sendiri malu sendirian.Dalam laungan slogan-slogan perpaduan yang dibawa ahli-ahli politik masih ada insan-insan BODOH dan PENDEK AKAL dalam bertindak.Masyallah,saya sendiri sangat sedih melihat anak-anak muda yang berlagak "hero" di atas,kononnya untuk membela suatu istilah bergelar "melayu".Dalam ribut politik yang melibatkan pemimpin-pemimpin yang sibuk bertengkar isu-isu kaum yang remeh dan picisan,anak-anak muda seperti ini terabai dan tenggelam dalam slogan kaum yang sempit dan akhirnya,turut menjadi "binatang" dalam berjuang.

SAYA JUGA ORANG MELAYU!!
SAYA JUGA SAYANGKAN BANGSA...
SAYA JUGA ADA IMPIAN UNTUK MELIHAT PERPADUAN
NAMUN SAYA MASIH ADA AKAL UNTUK DIGUNAKAN
SAYA TIDAK BODOH DALAM TINDAKAN!!

PS:maaf kerana sedikit emosi dalam penulisan..tapi hakikatnya hati ini sedih melihat anak bangsa sendiri yang merosakkan erti dan keindahan makna "kaum" dan "perpaduan".(-_-)

7 comments:

  1. ni la yang terjadi bila belia malas nak kaji sejarah... hanya tahu menjerit, terpekik, terlolong, memperjuangkan sesuatu denggan matlamat yang langsung tak jelas dan pada firasat aku hanya berlandaskan emosi semata2... golongan begini kalau diajak berdiskusi, akhirnya akan berakhir dengan 'berdarah gusi'.... bukan nak kata mereka macam orang bodoh, tapi mereka MEMANG BODOH... bangsa konon! apa yang mereka tahu tentang bangsa? apa yang mereka sumbangkan??? latar tempat cukup menerangkan segala2nya... kalau mereka pentingkan bangsa? kenapa mereka tak berada satu Universiti dengan aku ni? kenapa aku tak nampak pun muka mereka dalam slot bicara siswa di TV 1??? bangsa.... PTUUI!!

    ReplyDelete
  2. ya allah malunya......................

    ReplyDelete
  3. mizi:huish..marah nmpaknya abang mizi yg hensem lagi macho..hm..aq nak marah cam dah malas dah..sdey n terkilan jer la..xper2..nie mngkin suatu penyakit..namun ia juga ubat yg mujarab untuk mnyuntik smngat motivasi belia2 spt anda smua...

    ReplyDelete
  4. ence gabbana:mmg malu..~~malu...malu se malu malunya...namun apa daya..orang x sedar~(lagu versi baru..)

    ReplyDelete
  5. weh bace komen kat youtube lg best. muahaha~

    ReplyDelete
  6. *speechless* la tgk video nih. oh, aku da bace komen kat youtube tu, err, bnyak pkataan yang tak sepatutnya dituturkan.hmm

    ReplyDelete
  7. Kalau nak ikut perlembagaan negara Melayu itu Islam.

    Kalau nak ikut sejarah, Kesultanan Melayu Melaka(Melayu tulen) yang mengamalkan hukum bersendi syariat tulah yang betul-betul melakar kejayaan yang turut sama, tulen.

    Mungkin orang Melayu sekarang tak sedar agama, sebab tu "macam2".

    ReplyDelete