Ini bukanlah Syakira... :) |
“Alamak..slow la pulak internet kat sini..”saya merungut.
Jari ini tidak berhenti-henti meng “refresh” kan skrin komputer dengan harapan akan terteralah perkataan “Internet connection is available”.Setelah mencuba hampir puluhan kali,saya akhirnya putus asa.Duduk dalam kawasan kampung dan tengah-tengah hutan ini sememangnya “terpelihara” dari pengaruh internet.
Fuh..sememangnya kecewa dan kebosanan
Sekali-sekala saya menoleh kanan dan kiri,mencari teman atau sesiapa yang boleh diajak bersembang.Namun kesemuannya sibuk memasak,memanggang ikan dan ayam,ataupun aktiviti-aktivi lain yang hanya dilakukan “insan-insan dah kahwin” sahaja.Nun di dapur tersebut suasananya riuh seakan-akan pasar malam.
“Sabarlah Im..japgi dah masak ayam ngan ikan tu aku panggil kau.”Ismail,sepupu saya menegur.Mungkin dia perasan yang saya sudah mati akal memikirkan apa yang ingin dibuat untuk mengisi masa yang kosong.
“takper bro..aku okey.”Walaupun dalam hati sebenarnya agak terkilan,bukan dengan sesiapa tetapi dengan keadaan.
............................................................................................................................................
Sedang saya duduk-duduk di ruang atas rumah tersebut sambil menanti masa berlalu dengan pantas,saya disapa oleh seorang kanak-kanak kecil yang umurnya dalam lingkungan 5 atau 6 tahun.Shakira namanya.Nama yang indah seindah orangnnya.
“Abang ni siapa?”
Saya kaget.Hairan dengan seorang kanak-kanak kecil yang cukup berani berkenalan dengan seorang yang dewasa dan asing baginya.
“Imran,nama abang imran”
“Saya nama Shakira..”
Dia senyum.Manis senyumnya membuatkan hati saya sejuk dan damai.Anak kecil yang berkulit cerah,kenit,dan melentik bulu matanya ini tidak semena-mena berjaya menghilangkan fikiran saya yang kusut .Mungkin kerna kanak-kanak pada lumrah dan fitrahnya sangat jujur dan suci daripada dosa.Mungkin juga kanak-kanak ini diberkati kerana kenaifan mereka dalam mengenal dunia.Mungkin..
Tetapi yang saya pasti,hati saya gembira melihat anak kecil ini tersenyum.Menawan dan sangat jujur.
Adik-adik dan “geng-geng” kanak-kanak lain juga tiba dan mula bermain-main di legar tempat saya duduk.Masing-masing memperkenalkan diri kepada saya.Riang kanak-kanak,saya fikir.Sememangnya benarlah,sekiranya diimbas kembali,zaman inilah zaman yang paling bahagia.Zaman di mana kita masih belum mengenal erti tanggungjawab dan perihal dunia.Zaman yang didefiniskan sebagai “MAIN”.
“Abang Imran..jom la main sekali”Shakira menarik tangan saya.
Seorang yang dewasa akhirnya tumpas pada kenangan sendiri.Pada malam itu saya tenggelam dalam dunia kanak-kanak semula,bersama mereka bermain pelbagai permainan.Bermulalah dari permainan logo,permainan enjit-enjit semut dan macam-macam lagi.
Hanya tawa yang bergema pada malam itu.
...............................................................................................................................................
Shakira duduk di atas riba saya.Mulutnya muncung kehadapan setelah bergaduh dengan kakaknya.
“Nape syakira sedih jer nie..senyum la sket,baru cute”saya mengusik.
Namun “muncungnya” masih belum reda.Matanya tiba-tiba berkaca,dia tumpas dengan desakan emosi yang memaksanya menzahirkan linangan air matanya.
“Akak tak sayang shakira...”
“Hish..kenapa lak..akak syakira sayang syakira,dia nak gurau jer tue”
“Tak!..akak tak sayang syakira!!Akak suka marah Syakira..”
Saya pegang bahunya erat,cuba menenangkan rasa sedih dan kecewa seorang anak kecil.Saya mungkin bukanlah berpengalaman sebagai bapa,namun saya kira cukup sekadar rasa sayang dan cinta pada anak kecil ini untuk saya memujuknya perlahan.
“Abang Im..nak tau tak,akak syakira tu sebenarnya nak tengok syakira mati jer..dia tak sayang dah Syakira.”Syakira berbisik di telinga saya.
Masyallah.Saya mengurut dada saya sunggupun tidak mengidap sebrang sakit jantung.Mungkin itulah tafsiran kanak-kanak kecil dalam melihat dunia.Emosinya sentiasa menjadi hujah dalam membuat suatu justifikasi.
“Abang Im sayang Syakira tak?”
Sekali lagi saya berkerut. “Sayang..semua orang sayang Syakira, takder siapa nak benci budak cute cam Syakira nieyh..”
Dia ketawa menampakkan giginya.Senyuman yang manis.
................................................................................................................................................
“Abang Im,biar Syakira tolong bawakkan” Syakira meminta pinggan saya untuk dibawakan ke dapur.
“Kecil-kecil dah pandai ambil hati orang”.Saya memuji di dalam hati.
Selang beberapa minit,Syakira datang semula bersama sebuah Majalah URTV(majalah artis-artis tempatan) di tangannya.Dia duduk di atas riba saya sambil meyelak majalah tersebut satu persatu.
“Abang Im nak kahwin ngan mana satu?” jarinya sibuk menunjukkan gambar-gambar artis “sopan” yang terpapar di helaian majalah.Saya ingat saya sengaja menunjukkan gambar Fasha Sanda(nakal..) sebagai calon “BINI” saya.
“Takleh..yang nie tak cantik,yang ni pown tak cantik...”
Tangannya makin laju menyelak helaian majalah satu persatu sambil terkumat-kamit me-“nidakkan” calon isteri yang bakal saya pilih.Alahai,dah tanya tak bagi pula.Dia pulak yang jadik “tukang tapis” untuk saya.
“Abis semua abang pilih Syakira tak bagi,macammana abang nak kahwin lepas ni”saya mengusik.
“Meh nak tanya Syakira plak..Syakira plak nak kahwin ngan artis mana??yang nie?”
Jari telunjuk saya tepat menunjuk gambar seorang artis lelaki yang tidak kurang kacak dan popularnya.Syakira hnaya menggeleng.
“Tak nak...nak kahwin ngan abang Im sorang je..”Dia tersengih.
Saya tergelak besar mendengar luahan hati anak kecil ini.Begitu Straight Foward .Mungkin dia bergurau ataupun sekadar menzahirkan apa yang terlintas di benaknya.Namun yang paling nyata,saya selesa dengan kejujuran Syakira ini,hati saya sudah terpaut dan rasa sayang sudah mula terbit dari lubuk hati ini.Subhanallah.
“ye la tu..bnyak la pe’el nyer..”
Kami berbual mesra sepanjang persinggahan saya di situ.Sering kali saya mengusik telatah manjanya itu.Nak jadik model katanya,sebab itu cute!!
Rindu seorang abang
Namun itu cerita yang sudah lama tercoret Saya pun tidak pasti mengapa saya menulis post kali ini berkisarkan tentang anak kecil ini.Mungkin saya rindukan adik kecil ini.Mungkin juga sudah jatuh “cinta” dengan kejujuran dan kenakalannya.Malah tiga bulan kemudiannya,ketika saya dan keluarga sibuk berkunjung rumah ke rumah untuk “ziarah raya”,saya masih ingat saya mendapat panggilan dari sepupu saya.
“Bro..nie Ismail,ko ingat lagi tak budak kecik yang ko sibuk main-main ngan dia dulu”
“yang mana?”Hairan
“alah,syakira tu,ni ha..dia nak cakap dengan ko,aku sampai-sampai jek trus dyer tanya sal ko..”
“Err..Syakira??”
Namanya juga sudah samar-samar dalam fikiran saya.Siapa pula Syakira ni?
“Abang Im..bila nak datang sini..??”
Masyallah,cukup dengan suara kecil ini mampu mengimbau kembali memori lama.Secara tiba-tiba rasa rindu mula mengambil tempat dalam jiwa.Pedulikan suasana raya,pedulikan sebentar tetamu yang ada.Hanya suara si kecil ini,membawa saya semula berlayar di kampung lama yang pernah saya singgah dahulu.
“Datang la sini..kat sini ramai orang..best....”
"ye..ye..nanti abang datang,"saya mengakhiri perbualan
Ya..insyallah,suatu hari nanti. :)
Mungkin post ini tidak memberi banyak manfaat kepada para pembaca yang sudi bertandang di blog saya.Tulisan ini hanyalah sebagai nota rindu kepada insan kecil bernama Syakira ini.Sememangnya pertemuan yang singkat itu membuahkan rasa sayang saya kepada Syakira,dan juga anak-anak kecil yang lain.Andai ditanya kepada saya siapakah cinta pertama saya,cinta yang tidak berasaskan nafsu sebaliknya hanya bersulamkan kasih sayang dan ukhwah.Ya..Shakira lah “cinta” pertama saya,kerna dari “cinta” yang lahir itu,saya semakin mencintai kanak-kanak yang lain.
mak aihhh. jiwang. :P
ReplyDeletebisa..bisa...hahhahaha..ada romea dlm hati aq nieyh..
ReplyDeletemuahahahah klala bro, ayat akhirnya seorang dewasa tumpas pada kenangannya sendiri, aku suka true story ni, pandai ko bro, touching siot, byk pengajaran, ko jer yg kata tak bermanfaat,
ReplyDeletegwang karat skli skala xsalah kowt..kem salam kt syakira eh..hahaha
ReplyDeletehahaha, serious comel gile.... i mean, shakira tu la...
ReplyDeletemmg cute pown...klah awek2 zaman skunk..
ReplyDeletesuka suka..! ;)
ReplyDeletebudak2 kecil mmg comeeellll....!! ^^
hoh. ok sejak bile kau tukar genre penulisan kau nih..? hoho..
ReplyDeleteaq xtkar..nie dipanggil evolusi... :)
ReplyDelete