Begitulah pemandangan yang menjadi sajian saya setiap pagi sepanjang menjadi anak desa di pantai telok kalong.Kehidupan kampong terutama di tepi pantai ini ibarat sebuah sekolah yang banyak mengajar saya erti kehidupan,malahan batu,pasir,angin,dan segalanya yang bersemadi di sini seakan boleh bersuara mengajar pelbagai ilmu dan menjana pelbagai idea bagi insan-insan yang sudi untuk memerhati dengan mata hati.Mungkin bagi mereka yang menghuni bandar mempunyai pengalaman yang berbeza namun suasana kampong tetap menjadi pilihan saya dalam mencari inspirasi dan ilmu untuk mematangkan diri kerana di sinilah terisi pelbagai teater kehidupan yang menampilkan pelbagai tema kejumudan pemikiran dan keaslian nilai-nilai budaya dan sosial.
Untuk ruangan kali ini,saya bercadang untuk menceritakan sedikit pandangan saya terhadap watak yang ditampilkan oleh segolongan orang-orang tua “kedai kopi”.Mereka ini bukanlah bertindak biadap,atau berkelakuan tidak senonoh sehingga membuatkan saya terpanggil untuk menulis,malahan tulisan ini bukanlah untuk menghina mereka yang lebih tua berpuluh tahun dari saya kerana saya sendiri,telah menjadi adab orang melayu yang sangat menghormati orang tua(sungguhpun kadang-kadang ada yang melampau batas) namun dalam memperbaiki diri sendiri dan orang lain,nasihat dan pandangan tidak mengenal usia.
Kalau kita melihat,mungkin di gerai-gerai mahupun di kedai-kedai makan di sekitar kampong-kampung,kita akan menyaksikan satu perhimpunan ‘agung’ oleh sekumpulam orang-orang berusia seperti atuk-atuk kita akan “bersidang ala parlimen” dari pagi sehingga ke senja.Antara isu-isu yang menjadi perbincangan menteri-menteri kampong ini lebih terjurus kearah politik(saling kutuk-mengutuk ahli politik) dan beberapa selingan segmen ‘dam haji game’yang cukup menjadi kebiasaan mereka.Malah ada yang bertaruh duit untuk memeriahkan lagi majlis mereka ini yang berlangsung seharian(pagi hingga petang).Fenomena ini merupakan fenomena yang biasa,malah ada di kalangan kita menganggap fenomena ini adalah suatu amalan wajib apabila menyertai kelab ‘pencen’ kelak setelah usia sudah menjangkau angka 50.
Saya secara terus terang tidak suka akan budaya dan fenomena ini.Berdasarkan pada hemat saya perkara ini mewarisi budaya malas yang mengikat orang-orang kita(terutama orang melayu) sejak dar dulu lagi.Saya sering bertanya pada ibubapa saya akan kenapa golongan seperti ini tidak bekerja atau sekurang-kurangnya membuat sesuatu yang mendatangkan faedah kepada diri sendiri atau orang lain??jawapan yang biasa saya dengar ialah “diorang nie dah tua,hidup da x lame..biarlah berseronok di saaat akhir nie” “diorang nak wat aper??da tua dah tu..xlarat nk wat paper pun” “alah..dulu muda-muda dan kerje kuat,skrg la nk brehat dan nikmati saat akhir”atau yang paling tidak munasabah “orang-orang tua nie banyak berjasa taw,jangan banyak soal ape yg diorang buat,ingat jasa dyorang je ckup”.Hal ini ternyata menggambarkan di peringkat ‘emas’ ini warga-warga berusia ini sudah terlalu penat/tak berkemampuan/atau sudah banyak berjasa yang akhirnya memberi mereka lessen untuk melepak mengalahkan orang muda.
USIA TUA DAN MUDA
Kisah lumrah dunia telah diceritakan dari generasi ke generasi bahawa setiap insan yang lahir bakal menghitung usia dan melalui proses penuaan.Angka usia akan sentiasa meningkat,sejajar dengan cara pemikiran kita yang sepatutnya semakin matang hari demi hari.Hakikatnya dalam bahasa yang mudah-kanak-kanak kecil yang tidak bermaya akan menjadi dewasa,dan yang dewasa akan bertemu kehidupan tua.Begitulah yang berlaku pada setiap manusia sungguhpun ada juga di antara kita yang mengistiharkan perang terhadap proses natural ini,namun saya yakin peperangan mereka itu bersifat sia-sia kerana realitinya tidak mungkin diubah.
Namun,dalam kembara kita menelusi masa dan usia di bumi Allah ini,pernahkah kita mengukir sebuah pertanyaan di dalam kita “untuk apa kita di sini??atau apakah tujuan kita berdiri di sini”.Dr Martin Luther King JR pernah menyebut
“Those who don’t have ta reason to live,doesn’t fit to live”
Hidup yang tidak bermatlamat nyata suatu kehidupan yang sepi dan hanyut!!Kita tidak perlu menjadi penagih dadah untuk dilabel ‘pengsia-sia’ kehidupan kerana apabila kita tidak menetapkan satu tujuan hidup,atau satu matlamat bagi mencorakkan kain putih kehidupan kita ini,maka kita secara mentally sama seperti ,mereka.Matlamat yang memberi nafas untuk kita berdiri dan meneruskan kembara kita ini.
Saya tidak berminat untuk berceloteh panjang mengenai matlamat atau tujuan kehidupan ini kerana setiap insan mempunyai halatuju masing-masing.Namun apa yang saya tegaskan bahawa selagi nafas masih berhembus,jantung masing berdegup,nyawa masih terisi dalam tubuh kecil kita,maka perjuangan untuk merealisasikan matlamat kehidupan kita perlu diteruskan sungguhpun usia sudah menjangkau 3 angka sekalipun.Melihat gelagat kelab pencen yang sentiasa mengadakan mesyuarat ahli di kedai-kedai kopi membuatkan saya merasa kasihan kerana betapa ruginya mereka membazirkan baki-baki usia mereka itu.Sungguhpun sudah berada dalam zon “moyang” sekalipun masih banyak lagi yang boleh dilakukan dan saya percaya masih ada banyak lagi matlamat yang boleh dikejar,atau setidak-tidaknya sekiranya sudah kegersangan matlamat sekalipun maka masih banyak lagi yang mereka boleh sumbangkan kepada dunia.Jangan bazirkan MASA!!
Mungkin ada yang memberi alasan bahawa di saat-saat akhir usia mereka ini,kesihatan dan kudrat mereka terbatas.Saya tidak nafikan perkara ini tetapi ketahuilah bahawa pengalaman mereka dan ilmu mereka masih lagi boleh dimanfaati oleh pelbagai pihak.Seseorang tidak perlu menjadi ilmuwan atau ahli intelektual untuk menaiki keretapi jihad tetapi berjuanglah sekadar yang ada kerana setiap usaha yang kecil itu sangat bernilai.Dengan hanya meminum kopi,bermain dam haji,berborak-borak kosong maka mereka seakan menunggu malaikat maut datang menjemput sahaja tanpa mahu terus bekerja(dalam kadar kemampuan yang ada) kepada dunia dan agama.Saya kagum melihat bagaimana tokoh-tokoh seprti syeikh yasin,syed qutb,Syeikh Abdul Hamid Kisyk(ulama buta yang petah berpidato,ulama buta!!),Dr.Hasan At-Turabi,Qazi Hussien,Albert Einstein,Neihl Bohr dan ramai lagi yang tidak tunduk pada usia dalam usaha menggapai cita—cita mereka.Jadilah seperti mereka sahabat sekalian.
Oleh yang demikian saya menyeru kepada rakan-rakan yang membaca agar mafaatkan kehidupan yang ada sehingga ke akhirnya,bukan berhenti di saat “tua” melawat kita.Dalam apa hal sekalipun cubalah bergerak sekadar yang ada kerana usaha itu tinggi nilainya.Sekian…
ps-zaman mula-mula menulis post...ayat pun tunggang langgang..^^
No comments:
Post a Comment