“Masa itu tidak pernah penat untuk berjalan,dan tahun itu hanya suatu ukuran”
Ibarat sebuah kapal yang berlayar di lautan yang luas,begitulah ia kadang-kala kehidupan manusia.Dalam jemu si kelasi akan pemandangan lautan,dia tidak pernah hilang percaya akan daratan.Kerna layarnya ada tujuan,ada destinasi yang menjadi pilihan.
Manusia juga adalah kelasi dalam layar hidupnya.Sedar ataupun tidak,manusia itu sentiasa dalam kembara yang panjang dalam sebuah rangka makhluk ajaib yang bergelar masa.Lautan yang direntanginya juga adalah sangat luas,mengelirukan,dan tanpa sebarang “kompas” yang baik maka dia tidak akan sampai ke daratan yang menjadi impiannya.Kompas bagi umat manusia ialah kalam Tuhan yang serba agung,dan nakhoda layar kita ialah Rasulullah S.A.W yang cukup karismatik.Dengan berpegang pada dua anugerah tuhan ini insyallah kita akan tiba di daratan,impian bagi sebuah kelasi.
Namun dalam kembara yang penuh cabaran ini,kadang-kadang kala ada kelasi yang terlupa.Mereka hilang dalam kepercayaan bahawa lautan itulah yang bakal mereka tempuhi adalah satu-satunya dunia mereka.Dalam hati mereka.kelasi ini beriktikad,menipu fitrah dan tujuan asalnya sendiri:
“tanah adalah suatu khayalan,suatu perkara yang kharut!”
Lambungan ombak telah memalsukan pemikirannya,mengkaburkan fikirnya.Sehingga disangkakan bahawa kembara ini bukanlah suatu perjalanan berdestinasi,tetapi sekadar suatu kehidupan yang kontang makna.Ramai ahli falsafah barat yang akhirnya bongkak melaungkan kata-kata bahawa dunia ini tidak berpunya.Malah jeritan Nietzche yang mengisytharkan bahawa “tuhan sudah mati” dalam karyanya: “Thus spoke zarathustra” itu disambut baik oleh rationalist-rationalist barat seperti Betrand Russell,Immanuel Kant,David Hume,dan ramai lagi.Betrand Russell misalnya melihat bahawa imej tuhan yang dicipta manusia hanyalah suatu asas yang kolot dan terbit dari rasa takut manusia:
“Religion is based, I think, primarily and mainly upon fear. It is partly the terror of the unknown and partly, as I have said, the wish to feel that you have a kind of elder brother who will stand by you in all your troubles and disputes. Fear is the basis of the whole thing -- fear of the mysterious, fear of defeat, fear of death. Fear is the parent of cruelty, and therefore it is no wonder if cruelty and religion have gone hand in hand. It is because fear is at the basis of those two things. In this world we can now begin a little to understand things, and a little to master them by help of science, which has forced its way step by step against the Christian religion, against the churches, and against the opposition of all the old precepts. Science can help us to get over this craven fear in which mankind has lived for so many generations. Science can teach us, and I think our own hearts can teach us, no longer to look around for imaginary supports, no longer to invent allies in the sky, but rather to look to our own efforts here below to make this world a better place to live in, instead of the sort of place that the churches in all these centuries have made it.”- ,Betrand Russell(1)
Dalam kekeliruan Betrand Russell ini,maka secara tidak sedar dia sebenarnya sudah bertuhankan sains yang serba serbi tidak sempurna.
Ramai para ulama’ dan ahli falsafah barat sudahpun berhujah dengan kadar rasional dan logik akal untuk menceritakan kewujudan tuhan.Namun kelasi yang dalam kembara ini sudah mula putus asa untuk mengimpikan sebuah daratan dan tujuan dalam kehidupan.Hidup ini disandarkan pada konsep “kebetulan”.Mati itu adalah suatu pengakhiran.Dalam diam,sebenarnya mereka cuba berpaling dari soalan yang terbit dari jiwa dan fitrah mereka:
“Sekiranya benar tuhan itu tiada,tiada hari pembalasan.dan semuanya hanya kebetulan,apakah tujuan hidup aku di sini.Apakah selepas mati nanti begitu sahaja hidup ini akan berakhir.Untuk apakah aku hidup.??”
Malah sejak dari zaman para nabi yang terdahulu,manusia tidak pernah menafikan tuhan kerna sifat “hamba” itu sebenarnya adalah suatu fitrah yang nyata.
“Katakanlah (Muhammad), “Milik siapakah bumi, dan semua yang ada di dalamnya, jika kamu mengetahui?”
Mereka akan menjawab, “Milik Allah.”
Katakanlah, “Maka apakah kamu tidak ingat?”
Katakanlah, “Siapakah Tuhan yang memiliki langit yang tujuh dan yang memiliki ‘Arsy yang agung?”
Mereka akan menjawab, “(Milik) Allah.”
Katakanlah, “Maka mengapa kamu tidak bertakwa?”
Katakanlah, “Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan segala sesuatu. Dia melindungi, dan tidak ada yang dapat dilindungi (dari azab-Nya), jika kamu mengetahui?”
Mereka akan menjawab, “(Milik) Allah.”
Katakanlah, “(Kalau demikian), maka bagaimana kamu sampai tertipu?” ”
-surah al-mukminun:84-89:
Adapun yang disebut Firaun yang dikatakan atheist dan mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan yang maha kuat.seperti dalam firman Allah menceritakan:
“Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujjah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintah? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan yang Mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberikan pertunjuk kepada kaum yang zalim.”-al baqarah:258
Adakah benar,sebenarnya Firaun itu tidak percaya kepada tuhan??Sungguhpun dalam kebongkakannya,apabila ditanya semula akan pencipta alam,firaun sendiri kaku dan kelu.Syed abul’ala mawdudi dalam mentafsir ayat ini menyebut:
“Why was the unbeliever king flabbergasted?Not because he denied the existence of God.He did believe that god was the ruler of the universe and He alone made the sun rise and set.The question at issue was not the domination over the sun and the moon and the universe but that of the allegiance of the people;not that who should be regarded as controlling the nature,but that who should have the right to claim the obedience of men.He did not put forth the claim that he was Allah;whathe actually demanded was that no objection should be cast over his absoluteness of his authority over his subjects”-syed abul’ala mawdudi,The Islamic law and constitution,Islamic Publication,Lahore pakistan,1955,7th edition,pg 130
Dalam erti kata lain,walaupun insan sebongkak Firaun tersebut sebenarnya masih lagi sedar akan hakikat diri bahawa tuhan itu wujud dan menguasai dunia.Kenyataannya hanyalah berbaur ketamakan kuasa dan kegilaannya untuk ditaati dalam hal-hal dunia dan negara.
Namun dalam era kita ini,sudah muncul watak baru yang mula meragui akan hakikat kewujudan tuhan dan menghilangkan makna dalam sebuah kehidupan.Sungguhpun insan-insan ini cuba sedaya upaya untuk me “matikan” tuhan dalam jiwa mereka,usaha mereka hanyalah suatu yang sia-sia kerna akan mereka bertuhankan perkara lain yang bersifat dunia.
Si kelasi yang kecewa dengan lautan yang seakan tidak ada penghujung,akhirnya memilih laut sebagai daratan mereka sendiri.
Masyallah.Syukurlah dan hargailah hidup dan iman yang telah dicalitkan di hati kita.Keindahan dalam perjalan ini sebenarnya dalah suatu anugerah yang tuhan terbitkan kerna kasihnya Dia akan hamba-hambanya.Labuhlah tirai tahun 2010,namun angka sekadar angka.,kerna masa itu tidak pernah penat berjalan sehinggalah diseru akan tuhannya.Rakan-rakan sekalian,hidup ini punya makna dan tujuan,dan kembara kita dalam lautan manusia yang serba luas ini akan sentiasa berterusan,sehinggalah kita direhatkan di sebuah daratan.Daratan IMPIAN.
Ayuh kita bekerja.ayuh kita tinggikan kain layar kita.Kita acukan gerak kapal kita ke arah yang betul berpandukan “kompas” alquran dan arahan “nakhoda” yakni nabi kita yang tercinta.Ingatlah,daratan itu bukan khayalan,ianya kenyataan.Ianya janji tuhan.
Insyallah..semoga kita bertemu bersama di daratan.
SELAMAT TAHUN BARU
(1)Betrand Russell,from his lecture “Why I am not a Christian”.Russell delivered this lecture on March 6, 1927 to the National Secular Society, South London Branch, at Battersea Town Hall. Published in pamphlet form in that same year, the essay subsequently achieved new fame with Paul Edwards' edition of Russell's book, Why I Am Not a Christian and Other Essays ... (1957).
No comments:
Post a Comment