Thursday, October 21, 2010

MALAM YANG KELIRU



Jauh dari ribut manusia,
  Mengintai dari celahan sudut-sudut malap,
Aku berkhalwat,menghitung senyum-senyum manusia,
   Dalam tangis dan ketawa-aku,meburu makna.

Oh,pesta sudah bermula,
Singgahsananya yang siap,megah!!
Terang menyilau disinar gelap,
Maka anak-anak riang pun,
Bertepuk mendengar selawat,
     Sekadar meraikan zahirnya,
Lihatlah,  senyum-senyum itu,
Kerna aku keliru, akan batinku yang meronta,
Seperti juga batin mereka,yang langsung,
Disenyapkan .


Oh itu,
Segak anak-anak muda,
Puteri putera tanah tandus purba,
Buta dahulunya,kini tampil berlagak celik.
    Dan sana juga,
Ulama-ulama “tua” yang celik,
Mula kabur dimamah suasana,
  Adanya juga ,
Yang tenggelam,lemas..
Ditimbus nyanyian rancak,
   Dan sinar malam itu,
Menjadi saksi yang Haq dan setia.

Oh lihat,
Segerombolan belia-belia agama,
Yang tua jiwanya,
Sibuk menangkis segala macam suapan,
Mendakwa kononnya,dinar itu membeli akhirat,
Lalu,
  Diseret perlahan kaki mereka,
Menapak jauh beredar,dgn hati yang benci!!
Sedangkan ,mereka itu sebenarnya,
Ditipu persepsi tradisi.

Dan itulah singkapnya,diberitakan dengan tangis padaku,
Oleh malam-malam yang keluh gelisah,
   Oleh bintang-bintang yang malu sendiri,
Dan aku,aku sendiri keliru,
Kerna empunya diri juga berdebu,
Tersapu dengan helah-helah dunia,
Namun, coretan ini tetap tulus,
Sekadar merintih dalam senyum,
Di celahan sudut-sudut yang malap itu,
Aku terus menghitung....

Karya =einstein junior


Sekadar suatu coretan setelah penulis menyaksikan pelbagai ragam di Arabian Night yang dianjurkan oleh House Saphire.Tujuan penulis untuk menukilkan tulisan ini bukanlah untuk mencemuh sesiapa,terutama penganjur,malahan penulis berbesar hati dan terhibur dengan segala aktiviti yang telah diadakan.Cuma minda itu sentiasa degil,berani dan sensitif dalam mentafsir setiap situasi,maka disinilah penulis menzahirkan pandangan dan luahan..harap dapat di ambil pengajaran..insyallah..^^

5 comments:

  1. anak panah itu
    tanpa perlu dihala
    tajamnya jelas

    anak panah itu
    sasarnya harus tak mengira warna malam
    merah
    kuning
    biru
    mungkin juga ungu

    bila sampai masanya
    busurkan ia
    lepaskan sehabis daya
    kerana malam-malam kosong itu
    lebih indah bila dibiar berlalu tanpa nama.

    ReplyDelete
  2. haziq-nothing actually,sekadar merakam sedikit kekecewaan ..^^

    ReplyDelete
  3. anonymous..thanks 4 the poem..^^

    ReplyDelete
  4. Poyo siall einstein junior .Pfttt

    ReplyDelete