Sunday, October 24, 2010
Marathon dan HIDUP
“Masyallah penatnya..”saya bersungut.Mata yang layu ini sekadar terkebil-kebil melihat jalan raya yang begitu panjang terlentang luas di hadapan saya,seakan mengejek diri yang serba lemah ini agar berhenti dari berlari dan terus sahaja mengalah.
“bila nak sampai ni??Allahuakbar”hati ini tidak berhenti-henti mengeluh.
“Patutkah saya mengalah?”
“patutkah perjalanan yang jauh ini saya isikan sahaja dengan “lenggang-lenggan santai” sahaja??”
“Malahan ini Cuma sekadar suatu pertandingan yang tiada makna,kenapa perlu bersungguh-sungguh sangat?”
“buat apalah perlu bersusah-susah untuk sumbang point kepada house,saya bukanlah rapat “tahap gaban” dengan mereka??lagipun kalau berjalan kaki sahaja pun sudah memadai untuk menyumbang satu atau dua mata”
Begitu syaitan itu di mana-mana sahaja menggoda kita.Malahan dalam setiap minit perjalanan yang saya tempuhi itu saya diganggu oleh suara-suara sumbang hati ini yang hanya berbenderakan nafsu palsu untuk kesenangan sementara.Namun saya sedar perjalanan perlu diteruskan.Maka kaki yang berat ini diseret juga melalui setiap liku jalan-jalan yang ada.Batu-batu yang keras kadang-kadang mencucuk kaki ini dipulaukan dari terbit dalam sudut hati yang sudah “dalam peperangan” ini.Mungkin saki baki motivasi itu ,sungguhpun sudah kehabisan peluru untuk berperang,masih sanggup berjuang dengan dengan kudrat-kudrat yang tinggal.
Dan alhamdulillah...saya tiba ke garisan penamat.
“imran,awak nombor ke-11 dalam ranking,nanti pergi daftar dekat lower foyer”
Tangan saya merangkul kemas kad nombor yang penjaga garisan berikan.Saya tersenyum puas...nafsu sudah tumpas.
ANTARA MARATHON DENGAN KEHIDUPAN
Sementara saya duduk untuk menghilangkan sengal-sengal otot selepas ber “kembara” sejauh hampir 7.5 kilometer,fikiran saya jauh melayang memikirkan semula saat-saat “getir” ketika berlari tadi.Dalam diri ini yang diselubungi kepuasan dan kemenangan melawan diri sendiri,hati ini seakan segera mengetuk pintu minda agar direnung semula minit-minit perjalanan tersebut,dipinta agar saya bermuhasabah diri kerna mungkin ada rahsia penting yang mungkin mampu saya timba.
Dalam asyik mengelamun saya sedar bahawa sebenarnya suara-suara sumbang yang bingit dibisikkan di hati ini bukanlah suatu perkara yang luarbiasa,malah tidak langsung asing kepada makhluk bernama manusia.Telah menjadi lumrah dalam setiap sesuatu perkara yang kita lakukan pasti ada suara-suara halus yang meminta perkara sebaliknya.Baik perkara baik mahupun jahat sekalipun perbuatan yang kita sedang usahakan pasti ada suara yang sedia untuk berbisik,samaada untuk memperingat kita bahawa jalan yang kita sedang lalui itu bukanlah jalan ynag terbaik atau menggoda kita agar berpaling pada jalan yang dekat pada fitrah kita sendiri.Mungkin hukum Newton yang ketiga itu ada benarnya.
“every reaction have an equal opposite force acting on the reaction”
Namun fikiran saya lebih tertarik mengimaginasikan apakah yang mungkin terjadi sekiranya saya membiarkan suara-suara negatif ini menjajah setiap sudut pemikitran saya.Saya mungki sudah berhenti,berjalan atau mungkin yang lebih ekstrim lagi ialah pura-pura sakit dan terus ditumpangkan balik ke kolej dengan van.Mudah.Tetapi kepuasan yang terbit selepas langkah terakhir itu berjaya disempurnakan dan ketika garisan penamat berjaya disua,tidak mungkin akan timbul sekiranya saya memilih untuk tumpas dengan selesa.
Mungkin begitu juga dengan kehidupan.Betapa hidup ini tidak ubah seperti suatu perjalanan yang panjang dan suatu larian yang cukup memenatkan.Malah ragam kehidupan ini adapun yang lebih kompleks dan rumit kerana ada juga insan yang langsung tidak tahu arah tujuan perjalanannya.Namun bagi yang sudah sedia maklum,juga tetap ramai yang tumpas.Kerana mereka memilih jalan untuk membiarkan hati ini dikuasai rasa putus asa,dan dikaburi dengan rasa jauhnya perjalanan mereka yang seakan tidak berpenghujung.Hari ini,alhamdulillah saya enggan berhenti dalam pertarungan ini dan saya selamat sampai ke destinasi,namun hari esok,lusa dan hari-hari yang seterusnya pasti akan disulami perjuangan yang lebih ekstrim dan sulit.Semoga Allah memberikan kemenangan kepada kita semua pada perjuangan yang seterusnya..Insyallah..
Catatan:tulisan ini ditulis sebaik sahaja penulis selesai menghabiskan larian marathon 2010 anjuran kyuem(22 oktober 2010) dan sebagai sisipan paling utama dalam “Health awareness week”.Tahniah kepada semua yang menyertai dan tahniah juga kepada mereka yang berjaya merangkul hadiah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment