Friday, October 15, 2010

Ragam sebuah perpustakaan





Petang itu angin bertiup lembut membuai rumput-rumput yang turut sama menari mendendangkan lagu-lagu alam,langit yang serba mendung sejak beberapa hari masih lagi belum memuntahlkan airnya untuk membasahi bumi yang serba dahaga.Jauh dari tingkap peprustakaan itu saya sempat menjenguk,melihat burung-burung berterbangan berkumpulan merentasi langit yang serba kelabu itu.Ketiadaan matahari yang mungkin tersipu-sipu malu untuk menghiasi ruangan langit pada petang itu mungkin membuat suasana di dalam perpustakaan itu sedkit sejuk berbanding hari biasa.Mujur saya memakai baju yang agak tebal. 

“fuh...penatnya rasa” 

Buku “aku terima nikahnya” tulisan saudara hazrizal jamil(terima kasih kepada rakan-rakan yang mencadangkannya) saya belek-belek.Hampir 2 jam lebih karya saudara hazrizal ini berjaya memaku saya di kerusi dan mengikat mata saya untuki terus menatap helaian demi helaian hinggalah ke muka yang terakhir.Namun 2 jam masa yang terluang itu,secara peribadinya cukup berbaloi kerana apa yang disajikan oleh “aku terima nikahnya” itu benar-benar membuka fikiran untuk memahami naluri seorang remaja dalam mencari sebuah cinta yang biasanya terbabas dalam lamunan desakan inginkan kasih sayang.Two thumbs up for this masterpiece. 

Namun jam baru menunjukkan tepat pukul 12.30 tengahari.Masih awal lagi untuk bersiap pulang ke rumah saya kira.Dalam diam saya merenung dan mula berfikir,sambil pandangan ini saya hadapkan ke ruang tengah perpustakaan yang serba serbi luas ini.Sungguh suasananya cuku hambar dan sepi.Kerusi-kerusi dan meja yang tersusun rapi seakan kerinduan untuk melihat manusia menggunakannya khidmatnya.Sungguhpun tulisan berwarna warni di coretkan di dinding,serta pelbagai gambar-gambr yang menarik serta cantik dipandang menghiasi segenap dinding perpustakaan yang telah hampir 20 tahun lebih beroperasi,namun “seri” nya masih belum begitu memancar,hambar,kaku.Saya fikir mungkin gambar-gambar itu juga sudah turut kecewa kerana tidak ditatap sesiapa.Suatu pemandangan yang bisu,tanpa sebarang ungkapan indah yang mampu diselitkan di mana-mana, 


Nun di sudut kiri perpustakaan itu,kelihatan beberapa orang tua,yang duduk tekun membaca surat khabar,mungkin mereka inilah salah satu pengunjung setia yang sedia bertandang untuk me ‘ramai’kan suasana.Namun dalam hampir setengah jam,sebaik habis ruangan politik dan sukan dibaca baris ke baris,mereka mula “mengangkatt punggung” mereka dan meninggalkan banggunan yang juga mungkin setua umur anak-anak mereka ini perlahan-lahan,tanpa ucapan selamat tinggal.Melihat surat khabar yang ditinggalkan bersepah begitu sahaja di meja,mungkin,dalam gelora pemikiran saya sebagai suatu “sagu hati” kepada pekerja-pekerja perpustakaan dan mungkin tanda “cinta” kepada ilmu yang terkandung dalam helaian akhbar itu.Namun di sebalik penghinaan itu,saya percaya andai surat khabar itu bisa berkata-kata,sudah lama ia akan menangis terharu,kerana dalam beribu-ribu buku yang setia menunggu mana-mana manusia untuk mengambil dan membacanya, sekurang-kurangnya surat khabar hari itu ada yang sudi membacanya. 

“adik-adik!!dok soh bising sangak,kalu bising gop,kekgi cik alau kuor kang!!(dialek terengganu-jangan bising sangat,kalau bising jugak nanti mak cik halau keluar nanti).jerit mak cik penjaga perpustakaan itu. 

Sedar-sedar dalam lamunan saya jam sudah pun menunjukkan hampir pukul 2 petang.Kelihatan kanak-kanak sekolah rendah berlari-lari,berlumba menaiki anak-anak tangga untuk sampai ke tingkat atas. 

“MAN!!derah gop skit,kekgi ramai payoh nak ambik komputer!!(man! Cepat la sikit nanti ramai susah nak ambil komputer) 

“Sabor arh..weyh,kekgi mung nok amik org jahat ke polis”(sabar lah,weyh,nanti kau nak ambil orang jahat atau polis) 

“doh kite pakat doh en mareng nok amik org jahat,”(kan kita da berpakat semalam nak ambil orang jahat) 

Bersungguh-sungguh kanak-kanak ini berlari.Telah menjadi ragam yang rutin bagi setiap petang untuk saya melihat gelagat ini.Sebaik sahaja jam hampir berdetil angka 2,maka akan bermulalah arena counter strike di bahagian komputer di tingkat atas.Saya fikir mak cik yang menjaga perpustakaan itu sudah malas nak ambil tahu,atau mungkin kerana sepanjang pengalamannaya tidak ramai pun pengunjung perpustakaan yang ingin menggunakan komputer itu tujuan penyelidikan.Maka dari dibiarkan kosong tidak berguna,eloklah mungkin dibiarkan mereka yang serba kecil ini berseronok di zaman kanak-kanak mereka bermain game komputer.Malah mungkin kehadiran mereka ini mungkin,sedikit mengubat duka dan mencetuskan keceriaan(dan kekecohan!!) dalam perpustakaan tua yang serba sunyi ini.Adapun pula kanak-kanak perempuan yang berlari berkejar-kejaran,kadang-kadang mencuit hati saya apabila dalam adegan kejar-mengejar petang itu,mereka pula khirnya dikejar oleh makcik itu kerana berbuat bising di dalam perpustakaan.Mungkin inilah “taman permainan’ bagi mereka yang berusia sebegitu. 

Namun begitu,suatu perasaan sedih terbit jauh dari sudut jiwa saya,apabila melihat buku-buku itu masih lagi tidak disentuh sesiapa.Seakan terdengar rajukan mereka yang cukup kecewa dan putus asa melihat anak-anak kecil yang menghuni perpustakaan petang itu tidak mempedulikan mereka.Ah,apakah kanak darjah enam ini akan mengerti untuk membaca karya-karya agung yang tersusun rapi,sedangkan dalam kelibat fikir mereka hanya mencari kesronokkan.Zaman pra-tanggungjawab bak kata Kassim Ahmad.Ingin sahaja saya bersuara memujuk,sekiranya buku itu mampu mendengar untuk saya mengatakan: 

“wahai buku-buku sekalian,sungguhpun bukan dirimu tidak berharga,isi kandungan mu ternyata kaya dan indah,namun mereka in hanya kanak-kanak yang belum mengenal dunia,janganlah engkau berkecil hati,dan jangalah pula engkau berasa rendah diri.Kau tetap bernilai di sisi ahlul albab”namun apakan daya,buku itu tidak mempunyai telinga,mahupun apa-apa pancaindera,namun rajuknya seakan terasa di dalam jiwa ini.

Apakah generasi kita ini sudah men “talaq”kan buku-buku ini dalam kehidupan mereka?adakah bangsa-bangsaku ini sudah terlalu cerdik belaka?saya hanya menggeleng-gelengkan kepala,sambil meratap sesal di dalam hati.Statistik yang dikeluarkan oleh perpustakaan negara bahawa masyarakat malaysia hanya membaca 2 buku setahun mungkin tidak lagi relevan pada masa kini,mungkin sudah ada peningkatan namun saya percaya peningkatannya tidaklah begitu memberangsangkan,sungguhpun sudah hampir 10 tahun kajian ini dikeluarkan. 

Terimbau pula kata-kata mr Ahmed Deedat,seorang penceramah tersohor yang berhujag secara lantang dengan masyarakat kristian untuk merealisasikan perintah Allah dalam surah al baqarah” 

“"Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)." (Qs 3 Al Baqarah: 64) 

Dalam satu siri ceramahnya yang bertajuk “pope and the dialogue” dia bertanya kepada sahabat-sahabat pendengarnya: 

“Did you know,what is acyually the reason that this christian fellows have guts to do this(lies about muslims in their books)”sambil mengangkat tinggi sebuah buku karangan pope dari vatican yang membuat dakwaan palsu terhadap Islam. 
“C’mmon,i’ll give you one of my tape if u can answer that,give me 2 reason”dia menyambung. 

“because they afraid of us!!’ 
“because they didnt know what islam is!!” 
“maybe because we dont care!” 

Berhembur begitu banyak jawapan,namun satu pun,dari hampir 3000 ribu orang itu tidak berjaya menjawabnya. 

“no,no,thats not the reason,the main reason is bcause we are not the READING PEOPLE,US THE MUSLIMS ARE NOT THE READING PEOPLE!” 

Ya,mungkin ada benarnya apa yang disebut oleh Mr.deedat,mungkin Muslim,atau dalam konteks ini tidak kiralah christian,atau budhis,atau hindus kerana secara umumnya sememangnya kita rakyat malaysia masih bukan lagi boleh merangkul gelaran “the reading people/the reading community”.Sayang sungguh,sayang seribu kali sayang,.. 

Jam hampir menunjukkan angka 5 petang,saya segera bersiap untuk pulang.Sempat juga saya ke kaunter perpustakaan untuk meminjam beberapa buku,namun tidak disangka-sangka,kunjungan yang seketika di kaunter itu membuat hati saya menangis sedih. 

“kejap eh awok eh,cik nok kne masuk dlm komputer nie,so lmbat sket argh”(kejap ya awak,mak cik nak masukkan dalam komputer ni,jadi lambat lah sedikit) 

“masuk dalang komputer,bakpe mok cik?”(masuk dalam komputer,kenapa mak cik)saya mula berasa sedikit ragu. 

“dop,buku ni lamer doh orang dop pinjang,so xdok la data ye dalam komputer nieyh,kne wat masuk dlu baru leh pinjang”(tak,buku ini dah lama tak ada orang pinjam.jadi data dia tak ada dalam komputer ni,kana masukkan dulu,baru boleh pinjam” 

Saya hanya mengangguk faham.Hanya senyuman yang saya mampu balas.Saya membelek buku karya syed naquib alattas yang bertajuk “islam dan sekularism” it depan dan belakang.Memang kulit dan kertasnya sudah lusuh,sudah kuning.Namun kehairanan saya,buku yang serba bagus dan padat dengan fakta ilmiah ini tidak dipinjam sesiapa??Mengapa?sebaik sahaja saya membuka helaian pertama nyata jantung saya hampir gugur,terkejut. 

“masyallah”dalam hati ini tersentak.Catatan yang terdapat di dalam buku tersebut menunjukkan bahawa kali terakhir buku karya agung sey naquib alattas ini dipinjam ialah pada waktu bulan jun 1988!!hampir 22 tahun yang lalu!!Hati ini sudah tidak mampu menahan lagi kekecewaan yang bagaikan arus deras meneggelamkan mood hari itu.Melihat rak yang mengumpulkan buku-buku yang baru dipulangkan itu,hati bertambah luka.Boleh saya kata hampir 98% buku-buku yang baru dipulangkan dalam satu minggu itu adalah novel-novel cinta,dan hanya 2% sahaja memuatkan karya-karya agung intelektual terdahulu yang baru dipulangkan(itupun saya yang pulangkan).Malah dari 4 buku yang saya pinjam,hanya satu sahaja yang mempunyai data dalam komputer,selainnya tidak wujud dek kerana ditinggalkan bersendirin tanpa peminjam. 

Kaki melangkah perlahan untuk keluar,bersama mengheret hati yang hiba.Bukanlah marah kerana masyarakat membaca novel cinta,namun sedih kerana karya-karya agung tokoh terdahulu yang berhempas pulas mencari akal dan ilmu untuk disajikan kepada masyarakat namun tidak dijamah masyarakat kebanyakan.Benarlah kata Dato’ seri Anwar ibrahim dalam bukunya Gelombang Asia,terbitan dewan bahasa dan pustaka bahawa masyarakat kini sudah jatuh cinta kepada karya picisan lebih dari hasil tulisan intelektual yang mendambakan suatu pola pemikiran yang kritis.Tidak salah untuk membaca tulisan novel-novel cinta yang menepati selera masyarakat terutama generasi muda,namun membaca hanya mengikut selera sahaja tidak cukup.Bacalah kerana tanggungjawab untuk menimba ilmu,bacalah untuk rasa ingin tahu,bacalah untuk menyaampaikan ilmu kepada sahabat yang lain,bacalah dengan tujuan untuk berbakti kepada agama dan negara.Bacalah dengan ikhlas dan hati yang meminta dan hormat akan ilmu....rakan-rakan sekalian,bacalah.. 

Sebelum pintu perpustakaan itu ditutup rapi pada petang itu,sempat saya menjeling ke arah rak buku-buku lama yang tidak disentuh itu,dan dalam syahdu serta hiba,saya berbisik: 

“wahai karya-karya agung,namamu sehebat isi mu,maka janganlah engkau bersedih dan rendah diri,kerana akan aku menyahut manusia agar berpaling ke wajah mu semula suatu hari nanti,ya..suatu hari nanti..” 

Insyallah..mohon di ambil pengajaran 


1 comment:

  1. sekadar suatu peringatan-dipetik dr blog lama untuk peringatan semula..

    ReplyDelete