Thursday, November 11, 2010

Meuju iklim sekular



“Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).”

“Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.”

“Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.”

“Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.”

“Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020,” petik laporan itu.”

Dipetik dari laman web Malaysia kini: http://www.malaysiakini.com/news/146435



Islam oh Islam....

Saya bersama-sama sahabat-sahabat saya yang lain bersandar “malas” di kerusia kafe,sambil menunggu pesanan makanan kami.Kemudian salah seorang dari kami memulakan perbualan.

tu..kau tengok tu...macamni ke rakyat Malaysia,rosak betul”Lee(bukan nama sebenar) merungut, sambil mulunya menjuih ke arah televsyen yang kuat terpasang menayangkan program “sehati berdansa”.Saya hanya mengangguk akur.


“Ni lagi kerajaan nak buat hub-hub hiburan,memang nak merosakkan lagi rakyat..macam mana rakyat tak jadi macam ini kalau kerjaan asyik duk support jek bnder2 alah nie..”

“tu pasal la kita kena sokong pembangkang..kerajaan ni..blablabla”mereka mula terjun ke dunia perdebatan politik.Habis dikupas satu persatu “dosa” kerajaan dan begitu kebencian mereka dizahirkan dengan penuh emosi dan ke”teruja” an.Ah..semangat dan jiwa remaja yang bergelegak untuk memberontak,suatu sitkom yang tidak asing dalam menempuh alam belia.

Namun saya tidak berminat untuk tenggelam ke dalam lautan perdebatan dan diskusi politik mereka,kerana pada hemah saya isu dan solusinya tidak mungkin tunduk dengan menukar kerajaan dan parti yang memerintah.Kerna pada akarnya,masalah ini jauh menjalar ke dalam sebuah pentas masyarakat kerana pola pemikiran kita yang tercemar serta pemahaman jumud  kebanyakan kita tentang Islam.Disebabkan ragam seperti ini,timbul suatu kedaifan akal yang membina spekrum penglihatan kita untuk mentafsir sesuatu ketamadunan dan kemajuan itu berdasarkan tamadun Barat yang ternyata bersimpang dari ajaran Islam.

Islam is the way of life

Jahillah manusia sekiranya kita melihat dan mendefinisikan Islam sekadar suatu agama yang hanya berasakan tauhid dan ibadah sahaja.Fungsi Islam bukan seperti agama-agama lain yang telah  di “cerai”kan dari terlibat dalam prospek kehidupan kita sebagai manusia.Sebaliknya Islam itu sendiri merupakan satu tatacara yang lengkap meliputi segala aspek kehidupan.Baik dari sekecil-kecil perkara sehingga ke perkara yang besar,Islam telah menggariskan panduan yang maha lengkap untuk umatnya menjalani kehidupan dan membina tamadun yang gemilang di bumi Allah ini. Seperti firman Allah:

 Pada hari ini Aku telah menyempurnakan untuk kalian agama kalian, telah mencukupkan atas kalian nikmat-Ku, dan telah meridhai Islam menjadi agama bagi kalian (QS al-Maidah : 3).”

Mereka yang benar-benar beriman dan mengkaji pasti akan melihat bahawa sistem dan aturcara islam itu bukan suatu permainan dan boleh diperlekehkan,namun sebagai suatu solusi yang paling mujarab untuk menangani permasalahan dunia hari ini.As syahid Imam Hasan al Banna menyebut:

“Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah
negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau
rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan
kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah
atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.”-As sahid Hassan Al Banna,artikel usul 20(bab usul pertama),


Oleh yang demikian,menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk mempromosikan  sistem Islam dalam aturcara kehidupan yang universal kepada pentas dunia.Namun malangnya masih ada dikalangan kita yang masih dangka akalnya dan bertongkatkan nafsu dalam menghuraikan hujah berpendapat bahawa pengaplikasian konsep dan falsafah Islam dalam sistem kehidupan hanya akan merencatkankan ketamadunan.Mereka mendakwa,penekanan yang “melampau” dalam Islam dalam pembentukkan karakter hanya mengehadkan pemikiran dan kebebasan dalam menjalani kehidupan seharian.Ternyata pandangan ini adalah pandangan yang tidak benar dan terhasil dari  kekeliruan tentang konsep Tazkiyah(1) dalam Islam.Sememangnya penekanan utama dalam mendisiplinkan karakter dan akhlak umatnya merupakan suatu keutamaan namun Islam tidak menegah sebarang penglibatan umatnya dalam pelbagai perkara dalam mencipta kemajuan material dan ketamadunan.Malahan berbekalkan agama dan akhlak yang mantap,sesuatu umat itu dapat memacu layar ketamadunan mereka pada arah yang betul dan berkekalan.Sarjana Islam,Khursid Ahmad menyebut:

“We would submit that the Islamic concept of devolepment is to be derrived from its concept of tazkiyah,as it addresses itself to the problem of human development in all its dimensions and is concerned with growh and expansion towards perfection through purification of attitudes and relationship.The result of tazkiyah is falah-prosperity in this world and the hereafter.”-Khurshid Ahmad(2),the change of Islam,ed. Althar Gauthar(London Islamic Council of Europe,1978),ms 339,quoted from ;islam in Transition,editted by John L Esposito and J.Donohue,oxford university press,1982,pg 221.

Malah sekiranya terbina negara Islam,maka terasnya adalah tauhid dan perintah agama,namun tidak langsung bermakna harta kekayaan dan kemodenan langsung dipinggirkan.Kita harus tahu membezakan yang utama dan yang terkemudian agar perkara asas dan penting dapat dikembangkan diberi keutamaan;dan dalam konteks Islam kalimah tauhid dan perintah Allah yang menjadi tujuan utama untuk mensisipkan akhlak yang mulia dalam kalangan umatnya.M.Umar Chapra menerangkan:

“Here it is important to clarify that the” ideal” Islamic state should not be confused with the “richest” one...Hence,an Islamic statemay be considered to have attained the position of “ideal” if it has least(i)elevated the spiritual level of the Muslims society and minimise moral laxity and corruption;(ii) fulfilled its obligations for general economic welfare within the limits of its resources;and (iii) ensure distributive justice and has weeded out exploitation.”-M.Umar Chapra(3),The Islamic Welfare State and Its role in economy,pg 210,quoted from; John L Esposito and J.Donohue ibid,pg 227


Maka tiada alasan bagi umat Islam untuk berpaling dari menjunjung sistem Allah ini dalam menjalani segala ragam kehidupan.

Malaysia:antara Islam dan kapitalis

Sungguhpun arahan Allah S.W.T begitu jelas menyuruh kita untuk melaksanakan perintahnya di bumi Allah ini,namun saya melihat negara Malaysia ternyata menari mengikut rentak yang salah,bukan seperti yang dicanang oleh agama Islam yang tercinta ini.Malah pengenalan GTP yang dijunjung oleh Y.A.B perdana menteri kita  cukup membuktikan betapa unsur-unsur sekular dan kapitalis telah menyusup masuk ke dalam agenda kerajaan.Saya sendiri tidak mampu untuk mencari satu pun titik keIslaman dalam penubuhan hub-hub hiburan serta disko-disko yang ternyata hanya melalaikan.Adakah kita mahu negara kita ditamadunkan dengan acuan hedonism yang telah menghancurkan kaum lut,musa,hud dan orang-orang yang terdahulu?Inilah yang terjadi apabila kita telah bertuhankan harta kekayaan.Demi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mapan,agama digadaikan,intipati haram disajikan dan iman diketepikan.

"Engkau semua dilalaikan oleh perlombaan mencari kekayaan, sehingga engkau semua mengunjungi kubur - yakni sampai mati. jangan begitu, nanti engkau semua akan mengetahui, kemudian sekali lagi jangan begitu, nanti engkau semua akan mengetahui - mana yang sebenarnya salah dan mana yang tidak. Jangan begitu, andaikata engkau semua dapat mengetahui dengan ilmu yakin, tentu engkau semua tidak berbuat seperti
di atas itu." (at-Takatsur: 1-5)

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Binasalah - yakni celakalah -
orang yang menjadi hambanya dinar - emas - dan dirham - perak, beludru sutera serta pakaian.(bukhari)


Menjadi hamba kepada harta hanya akan memakan diri sendiri.Suapan yang haram sungguhpun akan menaikkan ekonomi namun menyisih barakah kurniaan ilahi.Saya melihat bagaimana agenda seperti ini,dengan menolak sistem agama,hanya akan mengheret umat Malaysia menghuni iklim sekular.Sungguhpun mungkin akan berlakunya arus pemodenan yang pesat,namun semangat dan jiwa agama akan terhakis perlahan-lahan  dari setiap individu dan seterusnya akan melonjakkan masalah sosial dan zina.

Lihatlah negara jepun misalnya,di mana kekayaan harta dan kemodenan yang mereka kecapi terpaksa dibayar dengan  krisis keruntuhan akhlak yang meruncing.Kerana mereka miskin agama,kosong jiwa dan sunyi tanpa sapaan Kuasa bergelar tuhan.Sungguhpun suatu masa dahulu Jepun negara yang masih kuat berpegang pada agama seperti Budhism,Sinthoism,kristian dan sebagainya.Namun kesemuanya tumpas ditelan fahaman kapitalis dan materialism.Seorang pengkaji britain menceritakan keadaan Jepun dengan menyebut:

“Unfortunately,what transcends daily life is not “religiosity” but materialism….Budhism,Shintoism,Confucianism,Christianity,and perhaps ultimately the new religions are being defeated by the  same enemy(materialism) .”-Jon Woroboff,Japan:The coming Social crisis,lotus press,Tokyo Japan,1982,pg 245

Sejak agenda pembangunan yang diperkenalkan oleh Meiji,lihatlah bagaimana suatu bangsa yang  dahulunya cukup bersopan dan beragama diheret menghirup udara sekularisasi sehingga terpaksa akur dengan kerosakkan akhlak yang teruk.

“The amount of Porno is incredible,and it fills not only specialized magazines but takes up a few pages even in straight magazines and gets into prosper newspaper.Porno films are shown late in the evening on TV and special theaters have been opened.one can get just about anything:infidelity…..What is strange about all this is pornography is forbidden in japan.”- Jon Woroboff,Japan:The coming Social crisis,lotus press,Tokyo Japan,1982.pg 276

Tolehlah juga ke Amerika dan juga Britain,negara yang dikatakan mempunyai menara yang tinggi dan berintipatikan kemodenan sejati ,bagaimana mereka turut diserang penyakit keruntuhan akhlak yang kritikal( 4).

Malaysia juga tidak jauh langkahnya untuk berdiri sama tinggi dengan mereka.Malah sistem sosial negara kita juga mengalami suatu pola penurunan yang membimbangkan(5).  Namun Sekiranya fahaman sekular dan materialism ini di anuti ,maka perubahan seperti inilah didefiniikan sebagai tamadun.Sedangkan mereka tidak sedar mereka sebenarnya melakukan kerosakan di muka bumi ini.(6 ).Prof Dr yusuf al Qaradhawi turut menyatakan:

“Tanpa iman,manusia akan menyimpang dari fitrahnya sendiri,menjadi rakus tanpa dapat dikendalikan…Daya rosak yang ditimbulkan oleh gelojak nafsaniyah manusia boleh jauh lebih dasyat dibandingkan dengan gempa bumi memuntah laharnya.Bagi kesejahteraan manusia tidak ada jalan lain,kecuali menempatkan system kehidupannya di bawah proses Cipta dan Kuasa Ilahi.Hanya jalan ini yang boleh membawa manusia kepada kekal di dalam syurga”-prof dr yusuf al Qaradhawi,tipudaya orientalis,atheist dan missionary terhadap Islam,diterjemahkan oleh Muhammad baihaqi,Al Hidayah Publisher,2001,ms 88.

Sebagai konklusi,saya mengajak kita semua berfikir,ke manakah sebenarnya arah umat Islam di Malaysia menuju??dan kemanakah kita semua berakhir...Kerajaan mebuat polisi,namun keputusan tetap di tangan anda...

p/s-sebarang rujukan telah diperiksa dan diambil dengan teliti oleh penulis berdasarkan rujukan yang telah dinyatakan.
Nota kaki

1. Tazkiyah mean purification of one souls to improve your deeds in the light of the quran and sunnah.
2 . khurshid ahmad was formerly associate professors of economic at the university of              Karachi, a founder and Director General of the Islamic foundation(Leicester UK) and Federal Minister of Planning and Development ,Government of Pakistan
 3.  Born in Pakistan, Dr Chapra earned a doctorate in economics from university of     Minnesota. In Pakistan he has served as Senior Economist for Pakistan Institue of Development Economics, and has becoming the Economic Advisor to the Saud Monetary Agency.
4.  mengikut kajian yang dibuat oleh majalah Parade Magazine,antara 1094 temubual yang dibuat(berumur 18-65) di USA,19% lelaki dan 15% perempuan  yg dah berkahwin pernah mengadakan seks luar nikah dengan bukan pasangan perkahwinan mereka.-dipetik dari buku Dr Zainal abiding,quran saintifik,ms 139; )Kajian di Britain lebih mengejutkan.kajian yang dibuat oleh National Survey on Sexual Attitudes and Lifestyle mendapati,1 dari 4 wanita dan 1 dari 3 lelaki mengadakan seks sebelum umur mereka mencapai 16 tahun.Dalam kajian yang lain yang dikeluarkan oleh Daily Mail(24 mac 2005) ialah lebih 20% remaja wanita britain telah mengadakan seks luar nikah sebelum umur mereka mencecah 14 tahun!!-dipetik dari buku Dr zainal abidin.op.cit,ms 140.

5. Mengikut laporan Jabatan Pendaftaran Negara,sejak tahun 2000 hingga 2008(julai),terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa.Secara purata,2,500 kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan,83.3 setiap hari,dan sekiranya diunjurkan lagi,kes pendaftaran anak luar nikah berlaku setiap 17 minit 17 saat(rujukan majalah Al islam,keluaran April,2010,ms 14.

6. rujuk surah albaqarah,ayat 11-12: “dan apabila dikatakan kepada mereka:Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi,mereka menjawab “sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.Ingatlah,sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan,tetapi mereka tidak sedar.”

7 comments:

  1. anda mencadang kita buat apa dengan kerajaan?

    ReplyDelete
  2. Fikir-fikirkan sendiri...^^,keputusan tetap di tangan sendiri...lolz

    ReplyDelete
  3. keperluan untuk sesebuah negara atau masyarakat itu menembusi sempadan kemodenan bukanlah disebabkan faktor kebudayaan mahupun sempadan agama... namun yang memacu manusia ke arah kemodenan adalah sikap! tak kisah anda ah chong, muthu ataupun sugit... bukan label bangsa yang menetapkan anda sebagai seorang yang tidak moden...

    aku cuba menyentuh dari aspek logik akal sebab bahagian agama aku kurang pakar. selak lembaran sejarah, paling dekat zaman kesultanan melayu melaka, pemerintahnya parameswara mengamalkan sikap apa? sehinggakan empayar kerajaan melaka menular ke serata kepulauan melayu... andai sahaja parameswara itu bukan parameswara tetapi mungkin saudara penulis tetapi mengamalkan sikap yang sama... adakah melaka akan mundur? tidak!

    jadi perkara asas yang cuba di bawakan adalah sikap manusia itu sendiri... keupayaan berfikir dan bagaimana individu itu melihat sesuatu isu dengan menyeluruh, bukan dengan fikiran yang jumud... bersamaan juga dengan konsep kemodenan.. mengapa islam tidak boleh diseiringkan dengan kemodenan? mentaliti pemimpin yang dipengaruhi? entah la...

    apa2 pun... satu tajuk yang amat bagus saudara.
    teruskan usaha membuka minda belia

    ReplyDelete
  4. apela akan jadi lima taun lagi...

    ReplyDelete
  5. hm...benar wahai sahabatku mizi,cuma sesungguhnya aku berpendapat bahawa sikap yang bertamadun itu hanya wujud pada suatu agama yang benar2 dari tuhan..Tiada masalah Ah Chong untuk berjaya,asalkan dia berusaha bersungguh2 dan meletakkan sikap yang baik,namun itulah saranan agama sebenarnya..kita umat Islam lebih bertuah kerana kita bukan sahaja melakukan suruhan Islam hanya atas kadar arahan,namun kita mempunyai akidah,kita ketahui bahawa ajran Islam ialah ajaran universal yang menjadi syarat umum untuk membina tamadun..

    Mungkin Rom dahulu pernah bangkit sebagai kuasa besar pada eranya,mungkin juga Parameswara.Hal ini kerana mereka sendiri akur dengan prinsip-prinsip universal dan sistem Islam sungguhpun mereka langsung tidak ketahui Islam pada masa tersebut.Malahan mereka menggunakan kapasiti akal mereka untuk memilih pangkal baik dan buruk untuk negara mereka yang sebenarnya selari dengan Islam.Alhamdulillah....mereka berjaya..

    Namun perlu kita sedar kapasiti akal kita begitu rumit dan terhad.Tanpa bantuan KUASA yang lebih mnhetahui kita pasti akan tersalah jalan.Di sini barulah bermainnya peranan akidah.Kita tidak mampu untuk menafsirkan segalanya baik atau buruk tanpa merujuk kepada yang punya dunia.Dia yang mencipta kita,maka dia lebih tahu...

    Bentuklah sikap kita dari akar agama,kerna sikap yg baik dan buruk itu bukan digariskan oleh akal semata-mata,tetapi Tuhan Yg Maha Pencipta..

    thansk mizi

    ReplyDelete
  6. eida:lima tahun lagi..susah nak jawab..tp rakan-rakan seperti korunk smua lah yg akan membawa smula kita bergerak dalam landsan yg betul..ya generasi belia kita..aku melihat sudah banyak kesedaran dalam kalangan remaja,namun still..perjalanan kita masih jauh..insyallah sama-sama kita doakan dan ushakan ya sahabat2 sekalian

    ReplyDelete
  7. aku selalu mendengar :

    orang jepun ada segala galanya. kemewahan, teknologi. tapi mereka hanya tiada satu; agama. segala aspek kehidupan dan disiplin mereka sudah berpatutan dengan ciri seorang muslim. jika mereka menjadi muslim, mereka boleh menjadi seorang muslim yang hebat bahkan lebih hebat dari yang sedia muslim itu sendiri.

    ReplyDelete