“Masa itu tidak pernah penat untuk berjalan,dan tahun itu hanya suatu ukuran”
Ibarat sebuah kapal yang berlayar di lautan yang luas,begitulah ia kadang-kala kehidupan manusia.Dalam jemu si kelasi akan pemandangan lautan,dia tidak pernah hilang percaya akan daratan.Kerna layarnya ada tujuan,ada destinasi yang menjadi pilihan.
Manusia juga adalah kelasi dalam layar hidupnya.Sedar ataupun tidak,manusia itu sentiasa dalam kembara yang panjang dalam sebuah rangka makhluk ajaib yang bergelar masa.Lautan yang direntanginya juga adalah sangat luas,mengelirukan,dan tanpa sebarang “kompas” yang baik maka dia tidak akan sampai ke daratan yang menjadi impiannya.Kompas bagi umat manusia ialah kalam Tuhan yang serba agung,dan nakhoda layar kita ialah Rasulullah S.A.W yang cukup karismatik.Dengan berpegang pada dua anugerah tuhan ini insyallah kita akan tiba di daratan,impian bagi sebuah kelasi.
Namun dalam kembara yang penuh cabaran ini,kadang-kadang kala ada kelasi yang terlupa.Mereka hilang dalam kepercayaan bahawa lautan itulah yang bakal mereka tempuhi adalah satu-satunya dunia mereka.Dalam hati mereka.kelasi ini beriktikad,menipu fitrah dan tujuan asalnya sendiri:
“tanah adalah suatu khayalan,suatu perkara yang kharut!”
Lambungan ombak telah memalsukan pemikirannya,mengkaburkan fikirnya.Sehingga disangkakan bahawa kembara ini bukanlah suatu perjalanan berdestinasi,tetapi sekadar suatu kehidupan yang kontang makna.Ramai ahli falsafah barat yang akhirnya bongkak melaungkan kata-kata bahawa dunia ini tidak berpunya.Malah jeritan Nietzche yang mengisytharkan bahawa “tuhan sudah mati” dalam karyanya: “Thus spoke zarathustra” itu disambut baik oleh rationalist-rationalist barat seperti Betrand Russell,Immanuel Kant,David Hume,dan ramai lagi.Betrand Russell misalnya melihat bahawa imej tuhan yang dicipta manusia hanyalah suatu asas yang kolot dan terbit dari rasa takut manusia: