Sunday, December 12, 2010

Novel:antara realiti dan fantasi



Beberapa ketika yang lalu,saya bersama seorang sahabat sempat mengunjung ke Popular Bookstore untuk meninjau bahan-bahan “baik” untuk saya jadikan bahan rujukan dan kajian sepanjang cuti panjang pada kali ini.Seperti kebiasaan,yang mungkin telah menjadi lumrah buat iklim di sana,kedai buku Popular tersebut tidak pernah lenggang,malah sentiasa terisi dengan wajah-wajah ceria dan “skema” yang begitu menghargai nilai sebuah buku.Saya yang julung-julung kali dapat berkunjung ke kedai-kedai buku yang besar dan gah ini nyata kagum dan terharu,suatu pemandangan yang sangat indah dan membuahkan harapan,bahawa negara dan umat kita akan berjaya merangkak keluar dari kemiskinan intelektualis suatu hari nanti sekiranya budaya membaca ini dapat disemai.Insyallah

“Ramai orang hari ini yek..?”

“Ramai apernyer..macam inilah hari-hari..Cuma berat sebelah..”

“huh berat sebelah?ape hal lak?”dahi saya sudah mula berkerut.Pelik dan hairan.

“Berat sebelahlah...yang ramainya perempuan..”

Saya baru sahaja tersedar.Majoriti yang menghuni kedai buku tersebut pada saat itu adalah kebanyakannya kaum hawa yang umrnya dalam lingkungan 30 an ke bawah.?Apakah yang sudah terjadi??

Perempuan dominasi

Ternyata apabila anda berkunjung di perpustkaan,kaum hawalah yang paling ramai yang memenuhi ruang-ruang kerusi yang disediakan.Malah sering kali saya melihat kaum hawa akan sentiasa bersama buku ke mana-mana mereka tujui sungguhpun di dalam bas dan lrt!!Hebat!

Kaum lelaki mungkin terlalu sibuk atau sudah terlalu bijak sehinggakan mereka tidak perlu menghadap sebarang buku sekalipun...mungkinkah??

“...rakyat Malaysia membaca purata lapan sehingga 12 buah buku setahun,berbanding dua buah buku 3 tahun dahulu,”-berita harian,9 disember 2010,ms 30


Sekiranya dibandingkan dengan kadar purata Amerika,yang hanya mencapai angka 9 buah buku setahun(klik sini),dan britain yang hanya 6.5 buah buku setahun(klik sini).Percapaian Malaysia agak memberangsangkan!!


Namun kemudian tibul pula persoalan,buku apakah yang menjadi pilihan mereka??

“Malah peningkatan memberangsangkan sebanyak 10,000 undi pada anugerah pilihan pembaca popular berita harian sempena book fest @Malaysia 2010 September lalu,menyaksikan novel cinta dalam kategori kreatif terus mendominasi undian pembaca”Berita haria,ibid,ms 30

Saat saya membaca artikel ini saya hanya mampu menarik nafas dalam-dalam.Sudah lama saya mengimpikan untu melihat generasi muda sebaya saya mula sedikit demi sedikit menyusup masuk ke dalam dunia yang lebih intelektual dan kritis.Namun novel cinta juga yang tetap menjadi juara.Hairan.

Adakah masyarakat kini sudah mula malas untuk berfikir?

Adakah masyarakat kini lebih suka disogokkan dengan kisah-kisah romantik Barat yang berunsurkan hedonisme?

Saya telah menyuarakan kekecewaan saya dalam artikel saya dahulu(klik sini),namun keadaan masih tidak berubah.Buku-buku novel cinta dan romantik masih bersusun-susun tinggi di rak “pemulangan buku: perpustakaan,sedangkan karya-karya Hamka,Syed hussein al Attas,chandra muzaffar,naquib al attas,aziz deraman dan ramai ahli intelektual tempatan dibiarkan sunyi tanpa kunjungan.

Saya pernah ditanya bertalu-talu oleh seorang wanita:

“Salahkan untuk membaca novel-novel cinta ni!!”

“Sekiranya novel tersebut melalaikan,penuh dengan adegan-adegan romantik yang melampau serta boleh menggalakkan maksiat,maka buat apa nak baca”

Beliau yang masih tida berpuas hati,berhujah:

“Bukannya tak berfaedah,boleh belajar kosa-kata yang gempak-gempak”

“tak melalaikan pown..pandailah aku bagi-bagikan masa”

“alah...part romantik cintan cintun tu kt tv pown ader.”

Orang seperti ini memang sukar untuk mengalah,kerna sudah terang lagi bersuluh.Namun inilah nasihat saya,harap dijadikan teladan:

“Kepada sahabat-sahabat yang ingin menjadikan aktiviti membaca sebagai hobi,maka teruskanlah.Namun ingat,membacalah agar ia membawa kita mengenali lebih akan dunia realiti,bukan membawa kita hanya menyelami dunia fantasi”

Berpada-padalah dalam membaca novel,perbanyakkanlah membaca kalam-kalam ilmu. :)



P/S:Betulkah sekiranya saya mengatakan bahawa kebanyakan wanita yang membaca novel cinta ini mengharapkan saat romantik itu dizahirkan ke atas dirinya serta “husband” nya akan bersikap “gentleman” seperti hero-hero yang biasa dipaparkan dalam novel-novel seperti ini?sekadar cetusan pemikiran^^

6 comments:

  1. Kaum hawa..jgn marah yer.. :)lolz

    ReplyDelete
  2. fantasi versus realiti, yet it is true. but actually, masa di zaman sekolah lagi mmg budaya dah seakan sebati untuk tidak baca buku-buku akademik ini. Subjek sejarah sendiri adalah dilihat membosankan.

    Kepentingan tidak dilihat, namun kenikmatan yang sementara yang dikejar. bg saya, kalau yg perempuan dgn novelnya, lelaki dgn games nya. skrg tak habis2 dgn korea.

    Persoalan : adakah cara penulisan akademik itu sendiri yg mungkin menyebabkan pembacanya kurang? atau apa?

    yet, i agree with your statement.

    ReplyDelete
  3. hm...pe nk buat...tu la realiti nye...cetusan minda ko mmg btol...tp ade gak yg x hrapkan mcm tu...skadar nk mengisi mase...mgkin bg diorg novel tu lbih mnarik dari bku2 yg ko ckp...

    tp aku plek...npe aku x ske nk bce novel? walopun aku ni pmpuan? hm..

    tp..bdsrkan feedback yg aku dpt dri kwn2 aku,sbb diorg ske bce novel cinta yg utama ialah SERONOK.. aku pun x tau ape yg sronok..mcm ko gak...pe yg sronok ngan bku2 yg ko ckp tu? huh? cbe hang habak mai..tp..

    skali lg aku stju ngan penyataan ko...

    ReplyDelete
  4. Kpd uzhon firrabi:penulisan akademik kebanyakannya adalah bersifat fakta...namun boleh jek baca buku2 yg bersifat membina karakter...cam buku ustaz hazrizal,uztaz pahrol etc....still digalakkan

    honest conffesion:buku sejarah terbitan KPM mmg xbest...

    Sbnrnya aku pown still sedang memikirkan bgaimana untk kita memperbaharui silibus kita agar karya2 ilmiah ini mnjadi tarikan..ada cadangan??

    ReplyDelete
  5. Min:aku bcer buku2 mcm tua untk luaskn pengetahuan,mencari jawapan,n yg pling mengenal realiti dunia dan akhirat...

    sal cetusan tue..aq rser jek...mybe xsmua....lolz...mmg seronok...hehehe..tp seronok nyer skejap n xbermanfaat..^^

    ReplyDelete
  6. Baru habis baca novel pendek Surat-surat Perempuan Johor oleh Faisal Tehrani. bacaan yang menarik padahal isinya bercerita sejarah Johor yang sebenarnya melalui fasa pemodenan dahulu di bawah Sultan Abu Bakar, dan hubungannya dengan Turki Uthmaniyyah.

    Serius, tidak pernah tahu pun, Johor ada hubungan dengan Turki, semasa zaman itu. Buku sejarah kita. dan novel itu juga menceritakan bagaimana Inggeris memfitnah Sri Amar DiRaja, untuk mengelakkan Sultan Abu Bakar melantiknya jadi pengerusi penasihat negeri semasa itu.

    Sangat indah. Dan berfakta. Jika tidak berminat (atau mengantuk) baca buku intelek, atau akademik, buku-buku Faisal Tehrani amat perlu diletak dalam senarai. :)

    sesetengah novelis, melihat minat mereka itu sekadar memenuhi trend semasa, mahu tulisan mereka dibaca. sebab kalau tulis yang berat, memang bukan pilihan sangat.

    cara pengajaran di sekolah yang patut dipelbagaikan, bukan setakat tasawwur untuk habiskan sillabus dan peperiksaan. sebab semasa di maktab dulu, cikgu memang akan selit dengan sejarah sebenar yang berlaku. dan kami diajak berbincang bersama. (walaupun sillabus tak sempat habis diajar, sebab cikgu tu tahu mana yang penting dan tidak penting sangat untuk diajar).

    Alhamdulillah, masih dapat peratusan yang tinggi untuk bilangan pelajar yang dapat A sejarah SPM.

    lagi satu, sejarah bukan setakat dalam buku. :)

    ReplyDelete