Saturday, October 16, 2010

kembaraku bersama bintang



Saban hari di saat ufuk pagi mula menjenguk hari,pasti bergema nyanyian merdu sang alam yang  digarap indah Yang Maha Pencipta.Alunan burung-burung bersiul senada,tiupan bayu lembut menyapa,dan tarian-tarian asyik daun-daun gugur berputar di pentas udara merangkum persembahan yang cukup bermakna bagi menyambut mukaddimah hari yang menjelang lagi untuk meniup harapan baru bagi umat manusia.Adapun mereka yang benar-benar celik pasti teruja melihat betapa tuhan menyambut gerak manusia untuk berkerja pada agama di hari yang baru ini.Namun adapun yang buta kekal buta mentafsir hari-hari yang mendatang berlagu hambar tiada bermakna.

Alhamdulillah nafas masih lagi setia berhembus,setiap pagi aku masih lagi mampu celik dan menikmati kedatangan hari baru.

“hari semalam sudah mati,tiada akan diketemu lagi di dunia ini,tetapi hari-hari semalam akan kekal hidup di sini”

Ya,ia akan hidup sentiasa di sini,..angkatlah tangan anda dan letakkanlah dengan lembut di dada,hari yang semalam anda lalui akan sentiasa hidup di situ,di hati anda bagi mereka yang menghayati.Kadang-kadang di dalam kesibukan diri ini berhempas pulas bekerja,berfikir menjana idea,akan terbit sejenak rasa rindu pada hari-hari yang lalu,maka pasti akanku selami sebentar hati ini untuk menatap semula kisah-kisah karangan Tuhan yang sudi singgah dalam kembara saya di bumi kecil ini,dan dalam keasyikan itu tanpa disedari mulut ini pasti senyum sendiri dan air mata pasti rela mengalir perlahan di pipi.Masyaalah.. sungguh tuhan sebaik-baik penghias hidup manusia.


...........................................................................................................................................................................................................................


“D-U-N-L-O-P....dunlop!!”.Terkebil-kebil mata si anak kecil berusia enam tahum melihat satu demi satu papan tanda iklan dan kedai-kedai yang  terpampang di seretan jalan.Wajahnya dilekatkan di tingkap kereta,sambil mulutnya riuh mengeja satu persatu tulisan-tulisan yang ada.

“hah..!! yang tu eja dia M-A-J-U-J-A-Y-A,..MAJUJAYA!!”dia kemudian ketawa sendirian sambil tangannya ditepuk-tepuk beberapa kali.Rasa puas mula menyelebungi diri anak kecil ini apabila berjaya mengeja perkataan yang ada.Begitulah rutinnya diulang berkali-kali setiap kali mengikuti keluarganya berjalan ke mana-mana.Matanya yang serba serbi sepet sentiasa meliar mencari “mangsa” baru untuk dijadikan bahan ejaan yang baru.Itulah definisi kepuasan,keseronokan yang ditakrifkan dari secubit akal yang masih lagi hingusan.

Di rumah,si anak ini tekun membelek-belek buku-buku cerita kecil yang penuh dengan ilustrasi-ilustrasi berwarna.Helai demi helaian ditatapnya dengan mulutnya sengaja dikuatkan menyebut setiap perkataan yang ada,isyarat bahawa dia sudah pandai mengeja,dan bangga dengan kemahiran tersebut. Dari “hang tuah dan lima sahabat”, “kisah-kisah para sahabat” sehinggalah suatu ketika dia sempat mengkhatamkan tulisan ibnu kathir “kisah para nabi(qisasul anbiya’)”.Mungkin naluri seorang kanak-kanak yang gemarkan cerita membuatkan anak ini mudah sahaja diikat erat oleh sebarang buku cerita sehingga berjam-jam.Baginya cerita itu tetap hidup walaupun hanya tulisan itu kekal monotomi dan berulang-ulang.Malah Si ibu kadang-kadang sengaja mengusik si anak dengna meminta dieja perkataan tertentu di dalam buku tersebut dan memujinya sekiranya dia menyebut dengan tepat.Si anak yang akur hanya tahu melompat keriangan apabila setiap pujian dihadiahkan kepadanya.Dia bangga,gembira kerana hobinya dihargai seseorang.

Namun tersemat dalam diri anak kecil ini pelbagai ragam soalan.Setiap tutur perkatan yang disebut dan dieja sentiasa mencabar akalnya yang baru hendak bersahabat dengna dunia.Dalam diam dia mula tersedar,berbekalkan akal muda yang masih kaku dalam mentafsir dunia dia akhirnya berpijak pada konklusi bahawa setiap cerita yang dibaca semestinya ada makna,ada hikmah.Maka ditinggalkan perkataan-perkataan lapuk yang tertera di tepi-tepi jalan,buku-buku cerita yang intinya sekadar hiburan lalu membuka kembara baru,iaitu suatu perjalanan mencari makna setiap sesuatu kejadian.Baginya cerita-cerita itu sekadar membekalkan soalan namun kontang jawapan.Mungkin dunia luar sudi berkongsi fakta yang memuaskan dahaganya pada suatu kefahaman.

“kenapa adanya bintang?”ralik matanya bergerak sini sana sambil tangannya membilang satu persatu sinar bintang yang indah.Pelbagai perkara menjadi pertikaiannya namun bintang-bintang lah yang paling mengasyikkan bagi dirinya.Misteri yang turut memancar bersama cahaya bintang-bintang yang menyerikan langit malam seakan turut berbicara dengannya,berteka teki dengan anak berusia 6 tahun ini.

“kenapa bintang itu cantik tapi tuhan letak jauh-jauh?biarlah dekat-dekat,baru semua orang nampak..baru semua orang suka...”anak kecil ini cuba memberontak “menuduh” tuhan mengsia-siakan bintang-bintang yang cantik.Namun akal yang serba cetek itu tidak mungki memahami falsafah kejadian tuhan yang serba unggul.Kapasiti ilmu yang dangkal itulah yang menyebabkan dia sentiasa tertanya-tanya akan sebab sebenar akan kewujudan bintang.sungguhpun persoalan itu berbekas di mindanya,namun anak kecil ini tetap selesa menonton sinar-sinar bintang itu.Sanubarinya sentiasa tenang,gembira malah puas apabila bintang-bintang itu ditatap satu persatu.Mungkin ada jawapan yang dicarinya bersemadi di situ,ya..mungkin.

Masa pun berlalu,dan anak kecil itu kini mula bergelar remaja.Namun aku tetap tidak pernah lupa menatap bintang-bintang yang sentiasa setia menjadi peneman dan penghias di langit.Mungkin akalku kini sudah mula celik dan faham akan kejadian bintang-bintang itu.Biarlah ilmu fizik,astronomi yang menjadi bicara hujah untuk namun aku tetap setia melihat mereka,sepertimana bintang-bintang itu setia menghiburkanku saban malam sejak aku kecil.Kini aku tidak lagi bertanya mengapa bintang itu wujud,kerana aku mengerti erti hadirnya,tetapi setiap kali aku berpaling menghadap bintang maka aku mula ragu-ragu akan makna kewujudan diriku ini.Mungkin aku akn tempuhi suatu kembara falsafah yang lain untuk mencari jawapannya,dan biarlah bintang-bintang itu menjadi saksi.Tuhan yang maha Esa,kau yang mencipta daku,maka hidupkanlah aku atas landasan mu yang benar seperti iman para-para nabi,para sahabat,ulama-ulama muktabar,dan mungkin,seperti iman bintang-bintang itu juga yang akur dengan sunnatullah mu.

3 comments:

  1. NK BERFALSAFAH BOLEH...TP JGN SMPAI TRSALAH JLAN. :)..THUMBS UP...

    ReplyDelete
  2. kronologi falsafah yang hebat...

    anak kecil yang bertanyakan tentang bintang, mungkin akan dapat jawapannya ketika beliau meningkat usia, tapi tidak tentu ia betul. Tapi inilah kebenaran baginya

    Mungkin ketika beliau remaja, ketika sudah dipelajarinya ilmu fizik peringkat sekolah. mungkin inilah kebenaran baginya

    Mungkin barulah ia temui jawapannya setelah beliau dewasa -yakni ketika beliau sudah belajar teori-teori kompleks dsb.. Mungkin inilah kebenaran baginya..

    Namun aku suka lihat ayat ini:
    "Tuhan yang maha Esa,kau yang mencipta daku,maka hidupkanlah aku atas landasan mu yang benar seperti iman para-para nabi,para sahabat,ulama-ulama muktabar,dan mungkin,seperti iman bintang-bintang itu juga yang akur dengan sunnatullah mu"

    Anda percaya bahawa kebenaran yang anda jumpa ialah relatif.. anda hanya berserah kepada Penguasa Alam yang menceritakan Kebenaran yang Nyata (Absolute truth). Kerana suatu hari nanti, pasti akan ada yang menemui kebenaran yang nyata....

    betul ke yang aku kata ni?

    ReplyDelete
  3. i guess u did understand me quite well,i always believed that what i noe,or the conclusion that i had arrived doesnt necessarily scored the claim of the absolute truth....its impossible 4 to say that,even aku mungkin mati dlm keadaan trtipu oleh dunia,namun itulah hakikat mnsia,ilmu itu milik Allah kesemuanya,dan kepada-Nyalah semua itu bersandar..aq just seorang insan kerdil yg cuba mengenal dunia dan erti hidup sejak dari kecil,maka aq hnya mmpu berdoa agar aq xdisuapkn ilmu yg slah dlm kembara aq nnti..i just let myself being lead by the Q n S,n keep on searching smpai mati,i will never assume that i had found the answer,but i only declared myself find a better answer than the previous one...insyallah.. :)

    ps-thanks 4 the cmment,nie br nk stat mnulis blik nie...

    ReplyDelete