Sunday, December 19, 2010

Pejuang-pejuang "oxford Malaysia",sahabat-sahabt TGB :)

Baru sebentar tadi saya menjenguk profile Facebook rakan-rakan lama yang sama-sama menghuni sebuah “Oxford Malaysia”,yakni MRSM TGB(sekadar pandangan penulis) ,maka sejenak terbit rasa rindu yang mengalir perlahan dalam diri ini.Satu persatu saya “stalk” untuk melihat perkembangan mereka,tentang apa yang mereka katakan di status Facebook mereka sambil tenggelam dalam memori silam.Malah apabila saya hilang semangat juang untuk berdakwah,gambar-gambar merekalah yang sudi menjadi pengubat.

Wahai sahabat-sahabat,anda semualah yang mengajarkan diri yang serba daif dan penuh kekurangan ini untuk menyusun sedikit kata untuk menyampaikan risalah-risalah dakwah.

Dan hari ini,bagi melunaskan rinduku kepada anda semua,saya nukilkan sedikit tulisan dengan harapan kenangan ini tidak akan terkubur ditelan ruang dan zaman:

Ilham Muntari



Tidak banyak yang oleh saya katakan kepada seorang insan hebat TGb ini melainkan rasa kagum dan rendah diri yang tinggi terhadap beliau.Cara beliau mengurus urusan manusia sebagai pemimpin kepada pelajar-pelajar yang “pandai” ini nyata suatu cara yang mengkagumkan saya.Beliau adalah “Dr Mahathir Junior” pada pandangan saya kerna taktik dan cara pemerintahannya nyata ada sedikit persamaan.Sebagai manusia yang sangat serius dalam tugas,setiap arahannya pasti dipatuhi dengan rasa hormat.

“Ilham,anda telah menunjkukkan kepadaku cara memimpin manusia,sungguhpun dalam beberapa perkara yang kita tidak sekepala,namun anda adalah sahabat,guru dan pemimpin kepada diri ini..u r my comrades..”

  Malaysian next PM :)


Haziq Asyraf



Seorang pemikir Islam yang kritis,saya bersyukur kepada tuhan kerna telah dipertemukan seorang insan seperti dirinya.Saya kagum dengan kejujuran dan sifat “low profile” haziq yang cukup disenangi orang ramai.Dalam banyak hal juga kami tidak sepakat terutama dalam perbincangan agama,namun dialah manusia yang paling saya percayai di TGB,dialah “bank rahsia” saya.

Saya mula rindu akan saat kami ber”diskusi” di ceruk-ceruk malam untuk menghuraikan kekusutan permasalahan ummat.Malah kadang-kadang saya dan rakan-rakan lain selalu mengganggunya tidur(manusia yang suka tidur awal) untuk sama-sama berborak tentang isu-isu dunia.

Haziq,semoga kita akan dapat berdiskusi lagi di masa yang lain,,J

Seorang Ulama’ tajdid yang bakal berjuang dari sudut multimedia pada masa akan datang.Insyallah

Raziq Nasser



Seorang filasuf muda yang cukup aggresif dan aktif dalam menyebarkan dakwah.Malah saya sangat kagum dengan impian jihadnya yang nyata suatu impian yang tinggi untuk seorang anak muda.Di TGB beliaulah “the alien” kerna selalu membawa suatu budaya baharu yang tidak biasa diamalkan oleh masyarakat keliling.Sungguhpun pada mulanya,agak sukar untuk masyarakat keliling menerima idea pembaharuannya,namun lama kelamaan idea-idea intelektualnya mula meresap dalam budaya TGB dan sentiasa menjadi rujukan sahabat-sahabat yang lain.

Seorang pemikir masa depan yang akan menggegarkan Malaysia,insyallah

Ferdaus Rahman



Di sebalik “gila-gila” nya,dalam diam saya mengkagumi sikap ingin tahunya dalam perbahasan ilmu jiwa.Beliau antara insan yang paling dekat dengan saya dan memahami “dilema” dan pergelutan saya dalam memberi takrif kepada persoalan-persoalan falsafah yang benar-benar menggangu jiwa.Saya sentiasa melihat Ferdaus sebagai manusia yang ceria,dan menceriakan hari manusia yang lain.Malah sehingga kini saya rindu lawak jenaka serta idea-idea “falsafah diri” yang sentiasa menjadi perbualan kita bersama.

Seorang Pendakwah engineer yang akan membawa nama Islam di persada dunia mobil di peringkat antarabangsa!!

Ashraf Shaharudin



Pendebat intelektual yang hebat serta garang berhujah di gelanggang,namun cukup lembut dalam persahabatan.Banyak memori dan cerita yang dapat saya nukilkan,namun saya kira kesemuanya dapat saya simpulkan bahawa beliau adalah seorang yang sangat kaya denga idea-idea yang baharu,dan mesra dalam perhubungan.Malah disebalik wajahh “keanak-anakan” beliau,tersemat pemikiran seorang manusia dewasa yang sudah mampu menafsir dunia dengan skop yang lebih luas.

Penghujah umat Islam yang bakal menghancurkan penipuan-penipuan sekular,insyallah...

Imran Zainuddin



Lelaki budiman dan gentleman yang sangat menarik perhatian.Perkara yang saya paling kagum dengan beliau ialah kejujurannya dalam banyak perkara.Pernah suatu ketika,kami hampir mentertawakan nya kerna sangat teliti dalam hal kejujuran ini.Namun kemudian kami sedar kejujurannya adalah aset dirinya yang sangat mahal,yang mungkin tidak ada pada diri saya.Saya juga senang dengan Imran kerna sungguhpun dia Presiden BADAR agama yang sinonim dengan watak agama,saya tidak melihat dia memaparkan watak yang “mengk-eksklusifkan” dirinya dari kumpulan-kumpulan manusia yang lain.Perwatakannya universal,approachable,and people tend to listen to him not because of fear,but because of respect...

A gentleman who can spread the words of Islam with his charismatic character..

Hazwan Hasshim



Hazwan atau Wae sememangnya seorang pemuda yang cukup kaya dengan senyuman.Seperti kata-kata seorang sahabat kepada saya,cukup melihat wajahnya hati akan rasa tenang. J.Saya sentiasa mengenalinya sebagai sahabat dan manusia yang sangat baik dan penyayang.Seorang insan yang sanggup menangis untuk sahabat-sahabt yang lain.

Sering juga saya ditanya soalan-soalan yang pelik darinya tentang Islam,dan kadang-kadang pertanyaannya membuka perbincangan yang lebih luas.

Seorang sahabat yang cukup jujur dalam persahabatan.Insyallah bakal Da’i yang akan menyinar di dalam dunia Islam

Izwan Azizi



Seorang sahabat yang sangat kacak dan comel dalam satu masa.Beliae ternyata seorang manusia yang fleksibel dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat.Saya sentiasa cemburu melihat karismanya yang mampu mencairkan ramai hati wanita-wanita yanga ada.Malah di sebalik karisma yang bersinar,tersemat  suatu kurniaan intelektual yang mampu mengupas pelbagai isu secara kritis.

Insyallah,mungkin bakal menjadi seorang pemimpin atau pakar motivasi Islam yang tersohor di muka bumi.

Roy



Insan nakal yang sangat kritikal dalam memahami isu dunia.Juga seorang yang aproachable dalam pelbagai aspek.Saya banyak tidak sehaluan dalam idea-ideanya untuk memperbetulkan masyarakat terutama kaedah “kuku besi” yang dikaguminya yang disunting dari heronya Hitler dan bismark,namun dalam banyak hal lain beliau menggambarkan perwatakan yang sangat matang..salah seorang “nasionalis” TGB yang sangat kuat menentang “kerajaan”


Berkut telah saya titipkan beberapa sahabat dan teman seperjuangan yang saya kagumi sepanjangan perkelanaan saya di bumi “oxford malaysia”,TGB.Di dalam diri mereka semua saya melihat suatu potensi,kelainan,dan keunikan dari belia-belia yang lain,dan Insyallah,sekiranya mereka berpegang teguh pada agama saya pasti mereka mampu menjadi jentera terkuat Umat Islam di Malaysia.Malah bukan mereka sahaja,malah ramai lagi yang hebat-hebat untuk disebut seperti mim jamil,zaki shukor,firdaus ghazalie etc...

Semoga kenangan yang kita lalui menjadi pengkita ukhwah dalam usaha kita memperjuangkan agama.. Sekian. 

12 comments:

  1. Mcm bace buku teks sejarah :)
    -Arif KZ-

    ReplyDelete
  2. You're absolutely right,
    All the best for all of you (termasuk la jugak si penulis blog nie)
    May Allah be with you all the time!! =)

    ReplyDelete
  3. ish mana banak ni? xde pun..seorang insan yang mengamalkan cara hidup liberal,kurang sihat dan akhirnya kembali kepangkal jalan? kisah aku smart lagi kut..:(

    -banak-

    ReplyDelete
  4. arip-hahaha..insyallah esok anak ko bcer buku sejarah ader namer2 nie...n aku yg tulis..huhu

    ReplyDelete
  5. banak-tak2..banak..ko adalah manusia yg lebih dekat di hati aq,n dekat d hati mnusia2 di atas2 nie..insan pilihan yg diberikan hdayah...sedangkan kitorunk lom tntu dapt hdayah masa depan nnti...thniah banak,sekiranya anda pilih untuk kmbali kepada ftrah...same2 kiter jge iman kita leklok.. :)

    ReplyDelete
  6. insyaALLAH... :)

    mizi kenapa mencairkn hati wanita2??? xfaham,,, huhu
    roy nye section lawak gile... pasal hitler xleh blah.... hahaha... tp betul la... :P

    ReplyDelete
  7. kenapa eida? kurang puas hati??? haha! :)

    ReplyDelete
  8. mizi mencairkan hati wanita2 ? HAHA

    btw, nice imran. teruskan perjuangan kamu semua :)

    ReplyDelete
  9. agree! aq nk mpersoalkan 'keistimewaan' mizi ; mencairkan hati wanita.. haiysshhh =="

    ReplyDelete
  10. korunk smua jahat en..mizi hnsem kowt..hahahahaha

    ReplyDelete
  11. insyaAllah, bakal pemimpin-pemimpin ummah masa depan :)

    ReplyDelete
  12. Reading this reminded me so much about TGB. And it is cool to be named as "Oxford Malaysia" !

    ReplyDelete