Monday, December 27, 2010

Re-post:Tahyul bangsa kita

Dipetik dari blog lama.(klik sini)




Sesungguhnya dalam melayari bahtera dalam meredah lautan kehidupan,badai-badai yang menampar pelayaran sebenarnya merupakan satu hikmah yang menyimpan khazanah ilmu yang cukup berguna untuk memperluaskan pola pemikiran kita.Janganlah apabila dikhabarkan akan satu peristiwa yang mungkin menggusarkan jiwa, kita mudah benar melenting sehinggakan membiarkan ‘harta karun ilmu’ yang datang bersama musibah itu terkubur tiada dibuka.Sebaliknya lihat lah ia sebagai salah satu unsur pendidikan dari rab yang maha kuasa untuk kemaslahatan bersama.

Suka untuk saya ingatkan bahawa pengalaman itu guru yang paling setia,sungguhpun ia datang dalam keadaan yang kita murka tetapi hikmahnya tidak ternilai sungguhpun dibandingkan dengan emas permata.Masih saya ingat pada suatu malam(tidak sapat dipastikan tarikhnya)ibu saya meluru kedalam bilik saya untuk berbicra dengan ayah yang sedang berbaring di katil saya.

“bang..nie jiran rumah kita yang duduk hujung jalan tu,td pokpi(jiran sebelah rumah) cerita yang jiran kita tue kena tipu,habis rm 5 ribu duit dia kene kebas”ibu saya memulakan cerita.

Ayah saya terkejut dan raut wajahnya jelas menceritakan satu epik kekecewaan.Jiran yang ditipu itu baik orangnya,seorang warga tua 70-an yang bekerja sebagai nelayan.Biarlah saya memanggilnya pak leman sahaja(bukan nama sebenar).

“macamana dia kene tipu??”ayah mula bersuara.

“dekat the store(shoping complex bndar kemaman),dia tgh brjalan-jalan,tiba-tiba ada orang tegur dia,kater r org trsebut semalamnya termimpi untuk memberikan cincin ini kepada pak leman nie..Beriya-iya dia cerita bagaimana dalam mimpinya dia didatangi oleh orang tua berjubah putih yang memintanya memberi cincin simpanan keluarganya itu kepada pak leman,”

Saya dan ayah masing-masing mula menggeleng kepala.

“pak leman ni pula percaya la..Kater org tersebut cincin in cincin yg sktti,boleh bawa tuah dan rezeki,dan untuk dijadikan lebih meyakinkan dia cuba berdemonstrasi dengan meletakkan cincin tersebut dalam segelas air.Dalam beberapa saat sahaja air tu bertukar warna(biasan cahaya yang boleh dijelaskan dalam istilah sains).pak leman ni lagi la “terkena” apabila melihat ke ‘ajaiban’ cincin ini.

“habis,knaper kne bayar 5 ribu??”saya bertanya.


“penipu tu kater dia syg kn cincin tue,dan ltakkan harga 5 ribu sbg harga mnebus rasa sdehnya.”

Sekiranya nak diikutkan, cerita ini masih lagi panjang namun cukuplah saya berhentikan sahaja disini,kerana pokok pangkalnya pada penghujung cerita,pak leman ini masih lagi tetap ditipu dengan satu adegan “drama magis” yang dibintangi si penipu ini.

Apabila kita mula merenung kisah ini,saya mula menarik nafas hampa.Sungguhpun kita sudah pun menginap dalam suatu zaman yang moden lagi ‘bertamadun’ ini masih wujud lagi pemikiran yang jumud,tradisionalis,yang mungkin kuat ketike era zaman paganisme melayu beratus tahun dahulu sahaja.Nyata kemodenan yang kita kecapi hari ini masih gagal untuk mengkikis mentaliti karut yang sudah lama memenjara umat manusia ini sejak dahulu lagi.

Malahan amalan karut seperti mempercayai tangkal yang mampu mengundang rezeki,puja-puja kubur dan sebagainya jelas memaparkan satu pola pemikiran yang malas untuk bekerja serta lebih cenderung untuk mencari jalan yang mudah tanpa usaha.Malah ada yang sanggup “melabur” beribu ringgit dengan harapan jampi “rezeki” tok bomoh kampong ini mampu membawa pulangan yang lebih lumayan.Ini satu perkara yang menyanggahi hukum logic.Kalaulah benar tok bomoh itu begitu hebat dalam mencipta durian runtuh ini,maka sudah tentu tok bomoh kampong ini sudah bergelar jutawan,yang mungkin sudah mengalahkan Bill Gates dan tak perlu untuk menyumpah dan terkumat-kamit membaca jampi serapah ditemani asap-asap kemenyan(untuk nampak lebih mistik) sehinnggakan begitu banyak “jin” yang dikatakan turut turun padang membantu.Kadang-kadang saya terfikir sekiranya jin-jin ini melihat adegan kolot ini ternyata dia pun turut terkilan kerana tidak semena-mena namanya dituduh bersubahat dalam membentuk jampi rezeki ini!!Sungguh rugi bagi mereka yang percaya dan melabur wang ringgit kerana mereka melabur untuk diperbodohkan.

Adapun apabila dilihat amalan-amalan seperti ini tidaklah tertakluk kepada cincin dan tangkal sahaja malah banyak bentuk dan cara yang mungkin tidak terfikir dek akal kita yang waras ini.Malahan ada yang disandarkan kepada Islam kononya agama yang suci ini membenarkan perbuatan khurafat seperti menyeru nama-nama wali dan kuburnya.Islam sendiri menentang amalan ini dan boleh disabitkan syirik!!

Firman Allah dalam surah al ahqaaf,ayat 5-6:

“Dan tiada yang lebih sesat daripada orang yang menyeru selain Allah,yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah hari kiamat,sedang mereka(makhluk-makhluk yang mrk sembah itu)tidak dapat menyedari permohonan tersebut.Dan apabila manusia dihimpunkan(pada hari akhirat),segala yang disembah itu menjadi musuh(kepada org yang menyembahnya) dan memnatah mereka.(surah al ahqaaf,ayat 5-6)

Firman Allah yang lain juga turut menyebut perkara yang sama- rujuk surah al faatir ayat 13-14.Adapun hadis nabi menyebut:

Tidak boleh menjangkitkan penyakit, dan tidak boleh mengundi nasib, dan tidak boleh mempercayai Hama,, dan tidak boleh mempercayai (kecelakaan) bulan Safar, dan larilah kamu dari penyakit Kusta sebagaimana kamu lari dari seekor singa” -(Hadis dari Abu Hurairah radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh al-Bukhari sahaja dengan lafaz di atas. Lihat Sahih Bukhari – no: 5707. (Kitab at-Tibb, Bab (Penyakit) Kusta). Hadis seumpama juga diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Umar dan Anas bin Malik radiallahu-anhuma dan dikeluarkan oleh Malik, Ahmad, Bukhari, Muslim dan ramai lagi)

“Diari Uqbah bin Amir,Rasulullah s.a.w bersabda:Barangsiapa menggantungkan diri kepada tangkal,maka Allah tidak menyempurnakan(imanya) dan barangsiapa yang menggantungkan diri kepada azimat,maka Allah tidak akan mempercayakan kepadanya”-(hadis riwayat Ahmad)

Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi juga dalam bukunya hakikatb kewujudan Allah menyebut perkara ini dalam bab syirik:

Di antara syirik khafi(tersembunyi) yang tidak nampak oleh kebanyakan manusia ialah berdoa pada org mati dan di kubur-kubur org yang ternama.Meminta pertolongan dari mereka untuk dikabulkan kehendaknya,meminta disembuhkan dari pelbagai penyakit dan dihilangkn bala,atau dimenangkan lawan,di mana perbuatan-perbuatan itu seharusnya hanya patut ditujukan kepada Allah( Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi,hakikat kewujudan Allah,terbitan yayasan dakwah malaysia,ms 69)

Maka sudah sah lagi mutawattir semacam apa sekalipun bentuk pemujaan dan penyandaran sesuatu yang tahyul adalah dilarang dalam Islam.Namun apabila kita meneliti arus masyarakat kita dapat kita saksikan sungguhpun dunia berputar dengan nada kemajuan,namun adat-adat warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita banyak yang mengandungi unsur-unsur khurafat seperti mandi safar untuk buang sial,tepung tawar dan berbagai lagi.Mengapakah tidak dibuang jauh-jauh perkara-perkara sebegini??

Ada yang berhujah adat-adat ini adalah satu warisan yang sangat bernilai dari masyrakat dahulu,maka sekiranya dibuang akan hilanglah “permata” yang menjadi imej umat melayu.Dangkal sungguh pemikiran sebegini.Hanya untuk mempertahankan sebuah imej,maka agama rakus disembelih,lansung diketepikan.Inilah masalah warisan sekiranya tiada penapisan yang wajar dari pihak agama.Malah mahukah kita ingin menjaja umat melayu kita dengan sebuah wacana pemikiran kolot ini di peringkat global??mahukah kita dikenali oleh pelancong asing sebagai manusia yang berfikiran kampung kuno ini??ini bukan imej kita kerana pasak budaya melayu sepatutnya berakarkan Islam,agama yang tulen lagi suci.

Ada juga yang sanggup berbunyi mengatakan mereka tidak percaya perkara sebegini namun tetap melakukannya kerana sebagai simbolik semata-mata.Sekiranya begitu mengapa sampai disumpah-sumpah dan dicaci maki sekiranya ada yang tidak mahu melaksanakannya,??Saya sendiri pernah mengalami situasi seperti ini di kampung sehinggakan apabila saya enggan melakukan perkara-perkara seprti ini maka mata-mata masyarakat melihat saya seakan telah melakukan dosa!!

Namun sering kali kita kaitkan amalan-amalan khurafat ini hanya bertanak di hati-hati masyarakat pendalaman atau kampong,tetapi hakikatnya golongan professional,yang terpampang sijil-sijil akademik yang gah dari Harvard dan sebagainya juga tidak lari dari terjerat dalam perkara-perkara mundur ini.Sungguh sememangnya inilah yang disebut sebagai “tamadun yang terencat”(kassim ahmad,mencari jalan pulang:dari sosilalisme kepada islam,ms27),yang gah dari sudut materialistic tetapi runtuh dari segi moral dan nilai-nilai keagamaan yang berdiri atas dasar yang logic.Orang yang berbasikal tua yang tahu kebodohan amalan ini lebih bertamadun dari insan berkereta besar yang menghabiskan minyak kereta mereka ke rumah-rumah bomoh!!

Ingin juga saya ingatkan bukan sahaja masyarakat melayu sahaja yang terjebak dalam ancah penyakit tahyul ini bahkan ,berdasarkan pengamatan saya kaum cina,yang majoritinya agama budha turut sama dalam kelompok yang sama,bahkan mungkin lebih “tenat” lagi.Saya tidak bermaksud untuk bersifat perkauman namun inilah yang saya katakn kritik sosial yang langsung tidak mengenal warna kulit atau bangsa.

Berdasarkan pengalaman saya,kaum cina merupakan kaum yang paling banyak adat-adat yang songsang dari sudut logic dan masih lagi “laku” dalam pemikiran mereka.Namun saya tidak mensasarkan kepada SEMUA GOLONGAN ORANG CINA,hanya kebanyakan mereka.Saya hairan ada yang medakwa bahawa perkara-perkara ajaib seperti tilik nasib ini dalah sebahagian dari agama kerana berdasarkan kajian dan pembacaan saya,agama budha sendiri melarang perkara-perkara begini sperti yang dimaklumkan dalam kitab suci tripitaka:

“Whereas some religious men,while living of food provided by the faithful,make their living by such low arts,such wrong mean of livehood as palmistry,divining by signs,intreperting dreams…bringing good or bad luck..picking the lucky site for building(feng shui),the monk Gotama refrain from such low arts,such wrong means of livehood” –D.I,9-12(versi terjemahan)

S.Dhamamnika,seorang monk/sami yang banyak menghasilkan buku-buku agama budhism menghuraikan maksud ayat tersebut:

“he considered such practice as fortune telling,wearing magic charms for protection(tangkal),fixing lucky sites for building and fixing lucky days to be useless superstitious and he expressly forbid his disciples to practice such things”(S.Dhamanika.,Question and Aanswer(Budhism),ms53)

Bagaimana adat-adat ini dikatakan sebahagian dari agama??ini hanyalah adat,yang berdiri sendiri tanpa melalui arus pemikiran logic dan dipisahkan dari agama.Namun apabila ia sudah sebati maka mulalah kita beranggapan bahawa agama yang merupakan “pioneer” kepada amalan khurafat ini.Sebutlah mana-mana tamadun yang waras dan intelek pun maka mereka tidak mampu untuk meletakkan amalan-amalan tilik nasib,tangkal dan segala bentuk tahyul ini dalam sudt rasional kerana ia bertentangan dengan hokum alam bahawa manusia untuk mencapai sesuatu mesti berusaha sekadar yang ditentukan.

Oleh yang demikian saya berharap kita berjaya melepaskan diri kita dari cengkaman kemunduran pemikiran ini untuk maju dan berpijak di bumi realiti,bahawa kita menginap dalam dunia moden yang maju,bukan lagi zaman paganisme yang menganut bangsa-bangsa yang terdahulu.

Sekian….



5 comments:

  1. fuh..zaman nie muda2 lagi2..tulisan pown berbaur radikal..cewahh!!bajet tua lak..hahahah

    err..ops..smoga mndapat manfaat

    ReplyDelete
  2. bagus2..haha..bro dengar citer haritu malaysia kalah dengan indonesia 5:1 dekat gelora bung karno pun pasal bomoh..apa la nak jadi orang zaman sekarang..dah nak pengakhiran zaman ni patutnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t,bukannya mendekatkan diri kepada setan

    ReplyDelete
  3. bomoh klu pkai teknologi tak per gak..gner laptop ker,ipone ke nk jmpi2...nie x..gner kemenyan...hish..hntu skrg pown aq rser dah lali dah..hahahaha

    just things to ponder:klu dua2 pkai bomoh(indon n msia) agak2 saper yg akan mnang..kire kne tgk bomoh maner yg power la eh...gitu bek pemain smua duk jek..biar bomoh yg men atas pdang..hahaha

    ReplyDelete
  4. bomoh bomoh gop mat..haha..

    acu gi bbtol gop mejid kristal nuh..awok mu x wak kije ke??hahah

    ReplyDelete
  5. HAHAHA,,..aq bacer dowh td blog mg..lorgh..phang2 lah..dr duet bazer g baiki majid ow..bek aq beli umoh sutir g kemamang..doh tue,majid uew dakper lah..buleh g wat mayang...kui3

    ReplyDelete