Friday, October 29, 2010

Gadis berambut perang yang mencari melayu yang hilang

sekadar gambar hiasan


Fikir,dan terus berfikir mencari solusi.Hati ini robek melihat suatu catitan anak berusia 8 tahun yang masih mentah dalam mengenal dunia.Betapa kenaifan anak kecil ini begitu jujur dalam mentakwil perasaan dan pandangan mereka,sehinggakan,coretannya mampu menafsir gelora umat melayu yang melanda kita hari ini.


“Lepas ini awak cuba tengok lukisan anak saya dekat kids corner,aida abdul aziz,dan awak akan faham apa yang saya cakap.Inilah pandangan seorang kanak-kanak yang tak tau apa-apa”butir-butir nasihat Puan Jaswati kembali bercerita di benak saya.Dalam diam,saya mengangguk perlahan.


Mata ini masih tidak mahu beralih dari lukisan Aida abdul aziz yang megah terpampang di Kids corner.Benarlah kata-kata pujangga purba,bahawa betapa sebuah gambar itu cukup menyimpan seribu makna yang mampu menafsir seribu rahsia.Dan lukisan anak ini,nyata suatu petanda,atau suatu kayu ukur yang mungkin perlu kita semua gali maknanya.Indah namun cukup berbisa.

“Jepun,orang puteh,arab dan......melayu??
”.Sedih.Hati ini sudah mula merintih pedih dan kecewa.Mengapa gadis jepun yang dilukis sopan berbaju kimono,”orang puteh” bangga dengan gaun panjang mereka,gadis Arab hebat dengan purdahnya,dan GADIS MELAYU??BERAMBUT PERANG DAN BERBAJU KURUNG(yang agak ketat bagi saya) ??Malah seakan gadis melayu itu seperti kembar “orang puteh” yang berdiri sebaris dengannya.



Saya menggeleng kepala.


Namun begitulah realiti yang dipapar,suatu persepsi yang tercipta dari seorang anak kecil yang mungkin masih belum mengerti akan makna tersirat lukisannya.Anak ini hanya jujur,telus dalam menurut kata hati dan mata yang sentiasa meliar memerhati manusia.Maka itulah “orang melayu” baginya,didefinisikan melalui secubit hasil lukisan yang cukup menyentap hati saya.Namun saya akur,kerna hakikat tetap hakikat,dan fakta bahawa umat melayu zaman ini sudah mula melalui transformasi identiti yang getir berkiblatkan BARAT tidak mungkin dapat disanggah!.


Mana wajah-wajah dahulu




“Budak-budak melayu zaman sekarang ini bukan macam dulu,sekarang dah moden,pakai semua nak moden,habis dedah semua”makcik-makcik tua kampung bersungut.Pandangannya dihadapkan ke laut,mungkin merenung kembali detik-detik silam.Saya hanya memerhatikan mereka,diam tanpa bahasa.

“alah,mak bapak sekarang pun sekarang dah moden,senang-senang  je bagi anak-anak dia berkepit dengan jantan-jantan bandar tu”

“ko tengok budak-budak sekarang,langsung tak hormat orang tua,lalu pun bukan nak bagi salam,hish..”

“Ni ha,nenek pelik betul budak-budak ni makan semua dengan sudu,dah macam orang puteh dah,tangan tu tak ada ker??



Berderet komen dan kebimbangan golongan-golongan yang berusia ini berlegar di benak saya.Saya akur kata-kata mereka ada benarnya,ada bisanya.Sesungguhnya pada amatan saya bahawa umat melayu hari ini sudah mula miskin identiti,lalu dicuri cebis-cebis wajah-wajah barat untuk dicalit pada muka-muka mereka dengan  harapan bahawa mereka dinobatkan sebagai manusia yang bertamadun.Suatu krisis yang merebak bagaikan barah yang cukup senyap dan langsung tidak disedari.


Saya mungkin tidak hidup pada zaman 80-an,70-an dan mungkin waktu-waktu yag sebelumnya namun berdasarkan karya-karya cendikiawan terdahulu  yang sentiasa sudi bercerita kepada saya,sedikit sebanyak nilai-nilai tradisi dapat saya kenal dan hayati.Betapa apabila saya menoleh semula kepada umat hari ini,sememangnya melayu dulu dan melayu hari ini jauh bezanya.


Bekas perdana menteri kita pernah menyebut dalam buku kontroversinya:

“..orang Melayu rata-rata biasanya ingin mengamalkan hidup yang sederhana. Dalam menikmati hidup yang sederhana, sikap terhadap orang lain dan reaksi terhadap keadaan dan alam sekeliling, sentiasa terdapat nilai kesederhanaan ini. Orang Melayu yang baik selalunya merendah diri dan tidak menonjolkan dirinya, tidak mahu memaksakan kemahuannya jika kemahuan itu bertentangan dengan kemahuan orang
lain dan sentiasa sahaja sedia berkompromi.”-(Mahathir mohammad,dilemma melayu,1989,ms-135)





“Sifat orang Melayu yang terlalu tertib dan terlalu bersopan santun
menyebabkan jarang lahir sifat terus terang. Sikap yang terlalu sopan dan lemah lembut tidak akan wujud tanpa merendahkan diri. .”-(Mahathir mohammad,dilemma melayu,1989,ms-143-144)



Ke manakah nilai kesopanan dan nilai “malu” yang hari ini sudah tercicir ditelan zaman??


"As far as my own observation extends, I should say that the Malay of the
Peninsula is the most steadfast loafer on the face of the earth. His
characteristics in this respect have been recognized by every-one who
has come in contact with him.”- Alleyne Ireland, The Far Eastern Tropics, p. 47. Archibald Constable, London,1905./quoted from syed naquib al attas,the myth of the lazy native, FRANK CASS AND COMPANY LIMITED,1977,pg 215)





Kita dahulunya kaya denga tradisi dan nilai-nilai murni yang bersulamkan ajaran Islam,namun hari ini bukan agama sahaja yang disanggah,budaya juga diludah.Malahan ada yang sering mengejek dan melabel “kampung” kepada mereka yang masih lagi utuh berpegang pada nilai-nilai murni tinggalan tradisi walhal sekurang-kurangnya insan-insan ini sedar diri dan punya identiti,sedangkan mereka yang sibuk mencerca itu hanyalah suatu kaum yang mengkhianati sejarah sendiri.


Mungkin ada benarnya sekiranya ada yang mendakwa bahawa umat melayu hari ini sudah maju dan berfikiran matang.Adat-adat tahyul terdahulu mungkin perlahan-lahan dilupakan dan tidak relevan untuk disisip dalam zaman teknologi ini,namun negitu biarlah pepatah yang menyebut”buang yang keruh,ambil yang jernih” itu menjadi sandaran.Mengapa perlu kita mengikiskan budaya-budaya lain yang tidak bercanggah dengan agama.Cukuplah yang “keruh” itu sahaja dibuang jauh-jauh,dan biarlah yang baik itu menjadi identiti.Sesungguhnya setiap umat dan bangsa itu ada ciri-ciri dan unik mereka tersendiri,maka sebagai manusia yang mecintai sejarah bangsa mereka usahlah dibunuh nilai-nilai ini.Sesungguhnya Allah berfirman:


“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.” (Surah al-Hujurat: 13).


Syed Qutb menyebut dalam tafsirannya terhadap ayat ini:


“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).(dipetik dari tulisan dr Asri:hukum memperjuangkan kepentingan bangsa)




Maka bayangkanlah sekiranya identiti sesuatu kaum itu serta budaya-budaya uniknya itu tidak dipelihara dengan baik,maka bagaimanakah bangsa-bangsa lain dapat mengenali kita semua.Atas nama apakah akan kita berdiri nanti sekiranya rambut kita,baju kita dan gaya kita semuanya diasimilasikan dengan budaya barat?Islam tidak langsung menentang untuk kita mengamalkan adab-adab berintipatikan budaya selagi mana budaya tersebut tidak bercanggah dengan ajaran Islam.Imam Bukhari dan Ahmad meriwayatkan dari 'Aisyah ra, bahwa ia pernah menikahkan seorang wanita dengan laki-laki dari Anshar, maka Nabi bersabda:,


 "Wahai 'Aisyah mereka tidak ada permainan? Sesungguhnya Anshar itu senang dengan permainan."riwayat -imam bukhari


Yusuf Al Qaradhawi juga menyebut dalam memberi kesimpulan hadis tersebut:


Hadits ini menunjukkan akan pentingnya memelihara tradisi suatu kaum yang berbeda-beda dan kecenderungan mereka yang beraneka ragam, dan ini berarti tidak bisa memaksakan kecenderungannya kepada semua orang.”-(Prof Dr Yusuf al Qaradhawi,system masyarakat Islam dalam Alquran dan sunnah(versi trejemahan),citra Islamic press,1997,)




Maka hari ini saya menyeru kepada semua yang lahirnya melayu agar mengembalikan semula identiti bangsa kita.Usahlah diagung-agungkan budaya barat itu kerna mereka mungkin maju dalam bidang dunia namun tandus dalam bidang kerohanian.Nilai-nilai seperti kesopanan,menghormati orang tua serta budaya-budaya seperti  makan dengan tangan(sunnah),dan beramah mesra tanpa mengira kekayaan perlu dihidupkan semula.Kerna saya khuatir anak-anak kecil yang sentiasa menyaksikan tingkah laku manusia itu mungkin menelan definisi yang salah dalam menafsir budaya melayu yang kaya dengan sopan santunnya..isyallah...

tolong menolong

5 comments:

  1. nasib melayu di bumi sendiri......

    ReplyDelete
  2. Nasib Islam d bumi melayu

    ReplyDelete
  3. nasid diriku yang menjadi saksi segala-galanya

    ReplyDelete
  4. nasib?? sampai bile kita nk salhkn nasib!! reverse the trend!! So many examplarie to be taken..

    ReplyDelete
  5. btul...nsib xperlu disalahkan sbnrnyer..tp hakikatnye dri sndri,kiter smua brtanggungjwab untk menaikkan smula yg haq..insyallah...^^

    ReplyDelete